- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 53
PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN MAHIR: PROJEK REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025 SIRI 5
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 53
Ampangan, 2 November 2025- Program Rakan Mahir: Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 Siri 5 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Lorong Kanan 3, Kampung Ismail, Ampangan.
Projek Reben Kuning 2025 merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberi peluang kedua kepada prospek belia melalui penyediaan peluang pekerjaan dan latihan pembangunan ekonomi belia bagi memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan.
Modul 5, Khidmat Masyarakat (Rakan Prihatin: Insan Madani) memberikan tumpuan sepenuhnya kepada aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR) melalui kerja-kerja gotong-royong membersihkan kawasan kediaman penduduk. Para peserta telah menunjukkan semangat kerjasama dan sukarelawan yang tinggi dalam memastikan pelaksanaan Modul 5 ini berjalan dengan cemerlang.
Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat memberikan impak positif kepada prospek dalam persiapan untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat.
#teamkbs
#teamjbsn
#teamjbsn9
#jbsnbersama
#RebenKuning
#RakanMuda
#RakanMahir
