PROGRAM SENAMAN WARGA EMAS AKTIF (SIRI 1) PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2025

Jempol,28 OKTOBER 2025- Program Senaman Warga Emas Aktif (Siri 1) Peringkat Daerah Jempol 2025 yang diadakan di Perkarangan Rumah Puan Zaedah Kg.Serting ilir,Bahau.
Program yang bertujuan membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama warga emas dengan penggiat kecergasan komuniti. Selain itu, aktiviti fizikal yang kerap dan konsisten turut dapat membantu mengurangkan risiko penyakit kronik, meningkatkan kekuatan otot dan tulang khususnya di kalangan warga emas.
Aktiviti senaman ini telah dikendalikan oleh Kelab Kecergasan Bahau yang diketuai oleh Puan Rusnani Binti Hamzah.
Semoga program siri seterusnya akan diteruskan dengan sambutan seperti ini dan menjadikannya sebagai salah satu platfom untuk menggalakkan gaya hidup sihat dikalangan warga emas serta memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan komuniti.
#TeamKBS
#PBSDJempol
#JBSN9
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search