- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 46
KURSUS STAGE PRO: EMCEE & URUS ACARA 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 46
Tampin, 1 November 2025 – Kursus Stage Pro: Emcee & Urus Acara telah berjaya dianjurkan dengan jayanya bagi memberikan pendedahan dan latihan kepada para peserta dalam bidang pengacaraan serta pengurusan acara secara profesional.
Program yang diadakan di Shipping and Aviation College Tampin ini disertai oleh seramai 25 orang peserta. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan individu yang berkeyakinan tinggi, petah berbicara di hadapan khalayak, serta mahir dalam mengurus perjalanan sesuatu majlis dengan tersusun dan berkesan.
Sepanjang kursus, peserta didedahkan dengan pelbagai modul menarik antaranya Teknik Asas Pengacaraan, Teknik Penulisan Teks, Teknik Intonasi Suara, Teknik Etika Pakaian dan Penampilan serta Pengendalian Majlis Rasmi dan Tidak Rasmi. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Kamarul Arifin bin Shaari yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang pengacaraan majlis.
Majlis penutup kursus telah disempurnakan oleh Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin yang dalam ucapannya merakamkan penghargaan dan tahniah kepada Sekretariat Rakan Muda SAC dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin atas penganjuran kursus yang memberikan impak positif kepada pembentukkan karakter belia serta mengharapkan agar peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh untuk meningkatkan mutu penganjuran majlis dimasa akan datang.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#teampbsdtampin
