KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH REMBAU 2025 BERLANGSUNG DENGAN JAYANYA

REMBAU, 26 Oktober 2025 (Ahad) – Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Rembau 2025 anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Rembau, Pejabat Pendidikan Daerah Rembau dan kolabrasi agensi lain telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Transformasi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Rembau bermula 24 hingga 26 Oktober 2025.
Program ini menghimpunkan seramai 55 orang belia terdiri daripada pelajar lima buah sekolah sekitar daerah Rembau iaitu SMK Undang Rembau, SMK Dato’ Sedia Raja, SMK Pedas, SMK Undang Haji Adnan dan SMK Dato’Abdullah.
Penganjuran kem ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia terhadap matlamat hidup serta tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Peserta turut diberi peluang berbakti kepada komuniti melalui aktiviti gotong-royong di Masjid Lama Kg. Batu Hampar yang dikendalikan sendiri Encik Maidin bin Mohammed, Pengerusi JPKK Kg. Batu Hampar.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, yang turut menyampaikan hadiah kepada kumpulan peserta. Dalam ucapannya, beliau merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat serta menggalakkan para peserta untuk terus aktif menyertai program pembangunan diri anjuran Kementerian Belia dan Sukan. Beliau juga mengalu-alukan penglibatan belia dalam pelbagai aktiviti dan program melalui Y-Hub Peringkat Negeri Sembilan di Rembau Youth Centre.
Sepanjang program, pelbagai aktiviti telah diadakan termasuk latihan kerjasama kumpulan, ceramah dan motivasi oleh agensi kerajaan, sesi perkongsian bersama Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta aktiviti Inovasi Belia Positif yang dikendalikan oleh jurulatih dan fasilitator berpengalaman.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Tuan Mohd Rozi bin Hamzah, Timbalan Pegawai Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, Puan Khairunnisa binti Khayun, Pegawai Pemantau (Bahagian Belia JBSN), Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau, Encik Muhammad Faries Faizal bin Shamsul, Pengerusi Majlis Belia Daerah Rembau dan guru-guru pengiring dari sekolah-sekolah terlibat.
PBSD Rembau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Program Kem Belia 2025 diharap dapat menjadi platform berterusan dalam melahirkan generasi muda yang berfikiran kritis, kreatif, berjiwa besar serta berbakti kepada komuniti, selaras dengan matlamat pembangunan belia positif (8C).
@followers
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdrembau

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search