NILAI , 22 OGOS 2025– Program Madani Rakyat Peringkat Negeri Sembilan 2025 bertempat di Dataran Nilai bermula 22-24 Ogos 2025 dengan pelbagai pengisian menarik, perkhidmatan terus kepada rakyat dan berpeluang untuk berinteraksi bersama agensi-agensi kerajaan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan juga terlibat dalam pameran yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik kepada belia termasuklah e-sport, segmen mari mencuba, karom dan lain-lain. Di jemput kepada para pengunjung untuk singgah ke Booth E-Sport Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bagi mencuba aktiviti- aktiviti yang disediakan dan memenangi hadiah yang menarik. #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #YakinBoleh #HSNN9 #MalaysiaAktifN9
JELEBU, 23 OGOS - Telah berlangsung Pertandingan Pingpong 1000 Liga 2025 Daerah Jelebu bertempat di Dewan Serbaguna Kg. Kerangai, Jelebu. Objektif program 1000 Liga ini adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan. Selain itu program ini juga ingin menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri. Meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Turut hadir adalah YM Tengku Sahrum Bin Tengku Yahur Pengerusi JPKK Kampung Kerangai serta barisan Jawatankuasa Kelab Pingpong Horas (HTTC). Semoga program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif. #TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSN9 #JBSNBersama #PBSDJelebu
23 Ogos 2025 (Sabtu) Seremban - Telah berlangsung Program Rakan Mahir Skills For Life @ Parlimen Kursus Asas Videografi (Audio/Video) bertempat di Bilik Serbaguna, Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Sembilan yang telah disertai seramai 30 orang peserta. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama Kelab Rakan Muda Rasah. Antara pengisian dalam program ini, para peserta didedahkan secara teori berkaitan asas videografi , asas suntingan audio dan video serta disamping penghasilan videografi sendiri. Majlis penyampaian sijil penyertaan dan cenderahati telah disempurnakan oleh Puan Cindy Usun Sigau Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban. Turut hadir, Puan Nazmizana Binti Mohd Nawi Guru Penasihat Kelab Rakan Muda, Ustaz Mohd Zaki Bin Zainuddin Guru Kolej Tingkatan 6 Tuanku Muhriz , Saudara Mohammad Haikal Bin Norahmad , Pengerusi Kelab Rakan Muda Rasah serta ahli-ahlinya. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda KELAB RAKAN MUDA RASAH #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDSeremban #TeamKBS #TeamJBSN9 #YakinBoleh #RakanMuda #SkillsForLife
TAMPIN, 23 Ogos 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 9) bertempat di Kolej Komuniti Daerah Tampin. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama Kolej Komuniti Daerah Tampin dan Kelab Sukan Kecergasan Ina Moncheh. Program Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Penganjuran pada siri kali ini adalah bersempena dengan Program Majlis Pelancaran Produk Inovasi Kolej Komuniti Daerah Tampin : Mahang Gold. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
Jempol - Telah berlangsung Program 1000 Liga Petanque Peringkat Daerah Jempol 2025 bertempat di Gelanggang Petanque,Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Nor Rashidi Bin Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol. Pertandingan ini menjadi wadah untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat kesukanan serta mengeratkan hubungan komuniti melalui aktiviti riadah yang bermanfaat. Ayuh warga Jempol, berikan sokongan anda dalam menjayakan program ini demi membudayakan sukan di daerah Jempol. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemenang. #TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSN9 #JBSNbersama #PBSDJempol
JELEBU, 23 OGOS - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Siri 10 Daerah Jelebu dengan kerjasama Persatuan Belia MBFM Pasoh 4 bertempat di Bukit Batu Sawa. Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu senamrobik dan joging / berlari. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Pelaksanaan program Malaysia Aktif @ Komuniti juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas dan menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan. Turut hadir pada program ini adalah Tuan Noor Azmi Bin Yusof Pegawai Politik EXCO Kanan Negeri Sembilan, Encik Babu Bin Hussin Pengerusi JPKK Felda Pasoh 4, Encik Sulaiman Bin Johan Pengerusi Peneroka Felda Pasoh 4, Encik Syaiful Haziq Bin Surate Pengerusi Persatuan Belia MBFM Pasoh 4 dan Encik Muhammad Ismail Bin Mohd Zohri Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Semoga program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif. #TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSN9 #JBSNBersama #PBSDJelebu
Rembau, 21 Ogos 2025 (Khamis) - Gelanggang Futsal Dataran Rembau menjadi destinasi seterusnya pada pagi tadi bagi pelaksanan Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Rembau 2025. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dan Kelab Senamrobik Aura Sihat telah berkolabrasi dengan Pejabat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Rembau ini dimulakan dengan ucapan perasmian oleh YB Dato’ Zaiful Bahri bin Hj Idris, ADUN Kawasan Chembong. Antara intipati ucapan beliau adalah memberi penekanan bahawa para klien AADK tidak harus merasa rendah diri mahupun terpinggir, sebaliknya perlu diyakinkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada masyarakat. Tiada tembok pemisah antara rakyat dalam menikmati peluang, bantuan, mahupun penglibatan aktiviti kemasyarakatan. Program diteruskan dengan aktiviti senamrobik yang disertai oleh klien dan kakitangan AADK Rembau. Sukaneka dan permainan tradisional merupakan antara pengisian lain dalam program kali ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan silaturahim. Penganjuran program ini adalah sejajar dengan usaha memupuk budaya sukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat tanpa mengira latar belakang masyarakat. Seperti pepatah Melayu mengatakan “bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.” Sesungguhnya, kekuatan masyarakat terletak pada semangat kebersamaan dan saling menyokong antara satu sama lain. #rembauaktif #MalaysiaAktif Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan
JELEBU, 22 OGOS - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Siri 9 Daerah Jelebu dengan kerjasama IPD Jelebu bertempat di Perkarangan Pejabat IPD Jelebu. Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu senamrobik dan joging / berlari. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Pelaksanaan program Malaysia Aktif @ Komuniti juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas dan menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan. Turut hadir pada program ini adalah DSP Nor Azmi Bin Yaakob Timbalan Ketua Polis Daerah Jelebu, ASP Muhammad Zawani Bin Zawawi Ketua Cawangan Khas IPD Jelebu, ASP Rasidi Bin Ab Rashid Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Jelebu, ASP Mohd Rosli Bin Saari Ketua Bahagian Ketenteraman Awam IPD Jelebu, Insp. Mohd Farizul Bin Mad Kasim Ketua Bahagian Siasatan Narkotik IPD Jelebu, Insp. Mazlinah Binti Majelita Ketua Bahagian Logistik dan Teknologi IPD Jelebu, Insp. Mohd Ariff Syazwan Bin Mohd Taharim Ketua Polis Balai Kuala Klawang, Insp. Widyawati Binti Rahmat Insp Pelesenan Bahagian Pengurusan IPD Jelebu dan Encik Muhammad Ismail Bin Mohd Zohri Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Semoga program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif. #TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSN9 #JBSNBersama #PBSDJelebu
21 OGOS 2025, Seremban – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah membuat persiapan awal bagi Sambutan Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) Peringkat Negeri Sembilan dengan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksa HSN dan Malaysia Aktif 2025. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Pelbagai perkara telah dibincangkan bagi menyelaras program ini yang akan dilaksanakan pada 11 Oktober 2025 bertempat di d’Tempat Country Club Sendayan. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah dijemput hadir bagi menjalinkan kerjasama sepanjang program ini dilaksanakan. #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #YakinBoleh #HSNN9 #MalaysiaAktifN9