- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 88
MALAYSIA AKTIF @ KOMUNITI SIRI 11 SEMPENA PIALA YB DATO’ HJ ZAIFULBAHRI BIN HJ IDRIS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 88
REMBAU, 6 Oktober 2025, (Isnin) - SMK Pedas menjadi destinasi Ke 11 bagi pelaksanaan Program Malaysia Aktif @ Komuniti sempena Piala YB Dato’ Hj Zaifulbahri bin Hj Idris, ADUN Kawasan Chembong.
Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Kelab Senamrobik Aura Sihat ini diserikan lagi dengan kehadiran ADUN Kawasan Chembong dan Ketua Polis Daerah Rembau yang turut serta dalam aktiviti senamrobik sebagai sesi regangan dan pemanas badan sebelum berlangsungnya pertandingan acara Bola Sepak dan Bola Jaring antara Kelas Tingkatan 4.
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan serta gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat, di samping mengeratkan silaturahim antara agensi kerajaan, pelajar dan komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, terutamanya Pejabat Pusat Khidmat DUN Chembong atas sokongan dan kerjasama yang diberikan.
#rembauaktif
#MalaysiaAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
