JELEBU, 21 JULAI - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Siri 3 Daerah Jelebu dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas Jelebu (PAWE) bertempat di Dataran Jam Kuala Klawang. Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu senamrobik dan joging / berlari. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Pelaksanaan program Malaysia Aktif @ Komuniti juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas dan menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan. Semoga program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif. #TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSN9 #JBSNBersama #PBSDJelebu
JELEBU, 26 JULAI - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Siri 4 Daerah Jelebu dengan kerjasama KRT Taman Bukit Mahogani bertempat di Taman Bukit Mahogani. Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan iaitu senamrobik dan joging / berlari. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Pelaksanaan program Malaysia Aktif @ Komuniti juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas dan menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan. Semoga program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif. #TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSN9 #JBSNBersama #PBSDJelebu
Gemas, 20 Julai 2025 - Masyarakat masa kini semakin celik dengan pelbagai aktiviti kesukarelawan yang bukan sahaja menyumbang dalam bentuk wang ringgit atau aset, tetapi dari segi kudrat, masa dan tenaga demi menjaga keharmonian sejagat seterusnya melahirkan suasana sosial yang sihat serta bertimbang rasa. Komuniti pada hari ini bersama-sama mengembeling tenaga untuk memelihara semula sekitar kawasan Masjid Al-Ansar Felda Jelai 4 dan tanah perkuburan berhampiran. Program ini adalah dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Cawangan Gemas yang turut serta dalam aktiviti pembersihan demi memastikan keselesaan para jemaah masjid dan ahli keluarga yang menziarahi tanah perkuburan tersebut. Aktiviti gotong-royong ini dimulakan seawal jam 7.30pagi dengan kehadiran sukarelawan yang terdiri dari pelbagai peringkat umur. Turut hadir bersama-sama menyumbang tenaga adalah Encik Jumasri bin Rahim, Ketua Kampung Felda Jelai 4, Encik Abdullah Sani bin Mahmud Pengerusi Masjid Al-Ansar Felda Jelai 4 dan Ustad Hasrul Nizam bin Sidek Penolong Pegawai MAINS 2 selaku wakil MAINS Cawangan Gemas serta Encik Mohd Rasdi bin Ahmaddani Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin. Rakan Muda Rakan Prihatin. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #JBSNbersama #rakanmuda #teampbsdtampin
Port Dickson, 19 Julai 2025 - Memanah adalah sukan yang mencabar kemahiran, ketepatan, dan ketenangan. Ia adalah sukan yang menarik untuk ditonton dan juga boleh dinikmati oleh semua peringkat umur dan kebolehan. Memanah merupakan sukan yang melibatkan penggunaan busur untuk melepaskan anak panah ke sasaran. Pertandingan Memanah Program 1000 Liga Peringkat Daerah Port Dickson Tahun 2025 telah diadakan hari ini bertempat di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Abdul Samad. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama rakan strategik, PD United Football Club dan rakan pelaksana, Kelab Memanah Port Dickosn (Port Dickson Archery Club - PDAC). Seramai 46 orang peserta lelaki dan 33 orang peserta wanita telah menyertai acara acara memanah di bawah kategori bawah 12 tahun dengan jarak 30 meter dan bawah 15 tahun dengan jarak 50 meter. PDAC merupakan satu badan bukan kerajaan (NGO's) yang bergiat aktif dalam menganjurkan klinik memanah, kelas memanah dan pertandingan memanah, dipimpin oleh Encik Ali Mohamad. Para peserta yang menyertai pertandingan ini terdiri dari pelbagai kelab memanah melalui badan bukan kerajaan (NGO's) dan sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Puan Noorhayati Kamaruddin, Pengetua SMK Datuk Haji Abdul Samad telah melancarkan gimik perasmian program dengan menurunkan tanda tangan beliau ke atas target face. Seterusnya, beliau menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori bawah 12 tahun. Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori bawah 15 tahun. Turut hadir bersama ialah Tuan Haji Mohd Yazid Ismail dari Xtion 10, Encik Firdaus Lokamanalhakim, Bendahari PD United, Puan Siti Alifah Hamzah dan Encik Mohd Azam Zakaria dari PBSD Port Dickson. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #TeamPBSDPD #TeamJBSN9 #TeamSukan #1000LigaPortDickson #Memanah #PDAC #PDUnited #SDASA
Port Dickson, 19 Julai - Program Malaysia Aktif @Komuniti 2025 Daerah Port Dickson (Siri 4) telah berlangsung meriah bertempat di Perkarangan Pusat Pentadbiran Persatuan Kebajikan dan Persahabatan Xin Yee Hoe, dekat Kampung Chuah hari ini. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) dan dikuasakan oleh Pejabat Penerangan Daerah Port Dickson melalui Program JIWA Komuniti MADANI Kemasyarakatan. Seawal jam 08.30 pagi para peserta telah mula tiba dan membuat pendaftaran melalui kod QR yang disediakan. Barisan Instruktor Kecergasan Bertauliah dari KEFA yang diketuai oleh Puan Zarina Harun telah memulakan acara senamrobik dengan sesi pemanasan badan. Para peserta menjalankan aktiviti senamrobik dengan penuh bersemangat dan ceria. Acara senamrobik berlangsung selama 45 minit telah memberikan reaksi positif di kalangan semua peserta. Puan Azuraini Abd Majid, Pegawai Penerangan Daerah Port Dickson mengucapkan setinggi penghargaan kepada PBSD Port Dickson dan KEFA di atas kesudian untuk berkolaborasi dalam program pada kali ini sebagai pengisian dalam Program JIWA Komuniti MADANI Kemasyarakatan. Turut hadir bersama ialah Encik Yap selaku Pengerusi Komuniti MADANI Kampung Chuah, Puan Siti Alifah Hamzah mewakili PBSD Port Dickson dan Puan Noormila Abu Bakar, Pengerusi KEFA. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan KEFA Group Official #JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #TeamPBSDPortDickson #TeamSukan #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda #KEFAxPenerangan #KEFAxCHUAH
Rembau, 19 Julai 2025 (Sabtu) – Komited dalam memperkasa kemahiran belia setempat khasnya di daerah ini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Pejabat KEMAS Daerah Rembau berkolabrasi menganjurkan Program Skills For Life @ Parlimen Peringkat Daerah Rembau 2025. Kursus Kemahiran Asas Pembuatan Kraftangan Bunga Dawai Baldu menjadi santapan latihan secara teori dan praktikal kepada para peserta. Bimbingan tenaga pengajar bertauliah daripada Pejabat KEMAS Rembau yang diketuai oleh Puan Roshaslina binti Haji Mohd Hashim, berjaya membekalkan ilmu asas kemahiran tangan serta membuka peluang ke arah keusahawanan sosial. Penyampaian sijil penyertaan disempurnakan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau bersama Cik Nur Adibah Binti Mohd Mazalan, Penolong Pegawai Komuniti dan Kemahiran, Pejabat KEMAS Daerah Rembau. Program Rakan Muda Rakan Mahir ini merupakan antara inisiatif Kementerian Belia dan Sukan bagi menyokong usaha memperkasa belia melalui pendekatan berasaskan kemahiran praktikal dan keusahawanan. Diharapkan para peserta dapat memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh untuk memperkukuh potensi diri serta menyumbang kepada pembangunan komuniti. Belia Berkemahiran, Aspirasi Negara Tercapai. Lahirkan Belia Mahir, Raih Masa Depan Cerah. #teamKBS #teamJBSN #teamJBSN9 #teamPBSDR #JBSNBersama #rakanmuda #rakanmahir #pbsdrembau #KEMASrembau
19 Julai 2025, Jelebu - Telah berlansung program Skills For Life @ Parlimen : Kursus Pembuatan Produk Simen Ferro bertempat di SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj. Pelaksanaan program ini adalah untuk memberi peluang latihan kemahiran asas menerusi kursus jangka pendek kepada belia dan komuniti setempat. Program ini juga merupakan usaha berterusan Kementerian Belia dan Sukan yang sejajar dengan inisiatif Kerajaan dalam menangani peningkatan kos sara hidup semua kumpulan belia. Pelaksanaan program yang merupakan hasil kolaborasi strategik di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu, SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Chembong telah disertai oleh seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah, belia setempat dan Ahli Jawatankuasa Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu. Antara pengisian program yang dipelajari para peserta ialah membuat stepping stone, meja dan kerusi. Program Kolaborasi yang diadakan pada hari ini telah dirasmikan penutupannya oleh Tuan Norazman bin Mohamad Amin Pengetua SMK Dato’ Undang Musa Al-Haj dan turut dihadiri oleh Tuan Haji Noorulhuda Bin Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu, En Md Azhar bin Parlan Ketua Unit Hubungan Industri IKTBN Chembong dan En. Muhammad Fakhri bin Abdul Aziz Naib Presiden Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu. Terima kasih diucapkan kepada, semua pihak yang membantu menjayakan pelaksanaan program ini samada secara lansung atau tidak lansung. Semoga penganjuran program seperti ini dapat menarik minat golongan muda untuk meneroka dan menyerlahkan bakat dalam usaha untuk membentuk generasi Madani. #skillsforlife #smkduma #parlimenjelebu #doityourself #beliajelebu #jelebu #jbsn9 #kbs #teamkbs #jbsnegara #pmx #ksn #tpm1 #ybm #ybtm #ksukbs
Seremban 2, 19 Julai 2025 (Sabtu) - Hari ini telah bermula pertandingan sukan Petanque sempena Program Master Sport 2025 Peringkat Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Petanque Negeri Sembilan bertempat di Gelanggang Petanque Kompleks Sukan Tan Sri Dato’ Mohd Said, Seremban 2. Seramai 120 orang peserta dari beberapa Agensi Kerajaan, Kelab Sukan, Pelajar Sekolah dan peserta dari dalam dan luar Negeri Sembilan menyertai acara sukan Petanque ini. Kejohanan ini akan berlangsung selama dua (2) hari bertujuan untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri. Meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan. Sukan dijadikan sebagai platform kepada pengukuhan integrasi nasional melangkaui batasan agama, bangsa dan politik. #JBSNBersama #MalaysiaMadani #RoadToHSN2025 #Teamjbsn9 #TeamKBS
BAHAU, 17 Julai 2025 (khamis) – Telah berlangsung Program Rakan Prihatin : Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA) Peringkat Daerah Jempol Siri 2 Tahun 2025 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Jempol (MPJL) bertempat di Jalan Raja Laut Pekan Bahau Chi Wen. Seramai 150 orang telah hadir menyertai program ini bersama-sama membantu membersihkan kawasan pesekitaran Jalan Raja Laut pekan Bahau Chi Wen. Terdapat beberapa agensi dan NGO yang turut hadir bersama-sama dalam menjayakan program ini seperti, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol, Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, SMJK Chi Wen, Felcra Kawasan Serting, JPKK Kg Bayai Baru, dan Persatuan Belia Felcra Bayai. Program ini merupakan platform untuk mendidik komuniti dan masyarakat terutama golongan belia dalam meningkatkan kesedaran menjaga kebersihan dan tanggungjawab lestari alam terutama dalam persekitaran sendiri. YB Tuan Teo Kok Seong Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam merangkap Adun Bahau turut hadir dalam menjayakan program ini bersama-sama Tuan Mohd Nazri bin Mulup Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol, Encik Nor Rashidi Bin Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Jempol serta Guru-guru pengiring SMJK Chi Wen. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program SATRIA SIRI 2 Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 pada hari ini. Semoga program-program seperti ini dapat diteruskan lagi supaya dapat diterapkan nilai-nilai murni kepada peserta dan masyarakat setempat. #JBSNBersama #MalaysiaMadani #rakanmudaofficial #pbsdjempol