MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2025 (HSN2025) PERINGKAT DAERAH TAMPIN

Tampin, 17 September 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) Peringkat Daerah Tampin bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Tampin. Ia bagi memastikan gerak kerja awalan dapat dilakukan untuk melancarkan sambutan HSN2025 bagi Peringkat Daerah Tampin.
Sambutan Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) Peringkat Daerah Tampin akan dilaksanakan pada 11 Oktober 2025 (Sabtu) bertempat di Padang SK Felda Jelai 1, Gemas. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg Tuan Mohd Fadhil Bin Hassan, Pegawai Daerah Tampin. Turut hadir jabatan dan agensi-agensi kerajaan di Daerah Tampin serta rakan strategik yang akan turut serta dalam Sambutan Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) Peringkat Daerah Tampin. Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sempena sambutan ini.
#JBSNBersama #RoadToHSN2025
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search