- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 24
PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN MAHIR: PROJEK REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025 SIRI 1
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 24
Paroi, 6 September 2025- Program Rakan Mahir: Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 Siri 1 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.
Projek Reben Kuning 2025 merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberi peluang kedua kepada prospek belia melalui penyediaan peluang pekerjaan dan latihan pembangunan ekonomi belia bagi memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan.
Pelaksanaan Projek Reben Kuning pada tahun ini melibatkan kerjasama antara pelbagai agensi selaku rakan strategik utama antaranya Jabatan Penjara Negeri Sembilan, PERKESO Negeri Sembilan dan Syarikat RECRON (Malaysia) Sd. Bhd.
Majlis Perasmian dan Penyerahan Prospek Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama-sama Penguasa Penjara Gudam Anak Diai, Timbalan Pengarah Jabatan Penjara Negeri Sembilan, Encik Mohd Afiq bin Nik Mohd Anuar, Penolong Ketua Seksyen Bahagian Sumber Manusia RECRON (Malaysia) Sdn. Bhd., Encik Muhammad Hafiz bin Shamsuddin, Ketua Unit Insurans Pekerjaan, PERKESO Negeri Sembilan dan Encik Azmee Amar Azwan Mostapa, Penceramah Modul Jati Diri Belia Malaysia.
Selain usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada prospek, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan juga menyediakan 5 modul aktiviti sampingan pada setiap bulan kepada prospek antaranya Modul Jati Diri Belia Malaysia,Pembangunan Kendiri, Pengurusan Kewangan, Jana Pendapatan Ekonomi Digital serta Khidmat Masyarakat.
Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat memberikan impak positif kepada prospek dalam persiapan untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat.
#teamkbs
#teamjbsn
#teamjbsn9
#jbsnbersama
#RebenKuning
#RakanMuda
#RakanMahir