Majlis Penyerahan Projek Menaik Taraf Papan Markah (Scoreboard) di Pusat Akuatik Paroi

SEREMBAN, 20 September 2025 (Sabtu) – Majlis Bandaraya Seremban (MBS) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan, Menteri Belia dan Sukan atas pemberian peruntukan RM500,000.00 seterusnya penyerahan projek menaik taraf papan markah (scoreboard) di Pusat Akuatik Paroi.
Projek ini bukan sahaja meningkatkan fasiliti sukan bertaraf profesional, malah memberi manfaat kepada komuniti setempat, para atlet serta penganjuran kejohanan bertaraf kebangsaan dan antarabangsa di Seremban.
MBS komited untuk terus menyokong pembangunan infrastruktur sukan demi kesejahteraan masyarakat serta melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam arena sukan negara.    
Upacara penyerahan ini diserikan lagi dengan gimik potongan riben oleh YB Menteri Belia dan Sukan bersama-sama dengan YB Tuan Arul Kumar a/l Jambunathan, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Negeri Sembilan dan YBhg. Dato’ Ir. Ts. Haji Masri bin Baharuddin, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban.
Sebagai simbolik pelancaran, YB Menteri Puan Hannah Yeoh turut melakukan pelepasan acara 400M gaya bebas, menandakan bermulanya penggunaan rasmi papan markah baharu di Pusat Akuatik Paroi.
#MajlisBandarayaSeremban
#mbseremban
#MampanBersihSejahtera
#SayangiMBS
#MalaysiaMadani

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search