KOMUNITI LUAR BANDAR AKTIF MEMBUDAYAKAN SUKAN

KOTA, 20 September 2025 (Sabtu) - Program Malaysia Aktif @ Komuniti (Siri 9) Peringkat Daerah Rembau 2025 diteruskan lagi pada pagi tadi bersempena dengan Pesta Ngoca 2.0 bertempat di Sg. Serai, Kampung Semerbok, Kota.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau sebagai penganjur dengan kerjasama Kelab Senamrobik Aura Sihat dan JPKK Kampung Semerbok. Senamrobik menjadi acara pembukaan diikuti dengan pertandingan lain seperti ngoca ikan, tangkap itik, mewarna kanak-kanak, pakaian retro, tarik tali dan banyak lagi.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Tuan Suhaimi bin Aini, ADUN Kawasan Kota. Antara ketua jabatan yang turut hadir adalah YDH Supt. Hasani bin Hussain, Ketua Polis Daerah Rembau, En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau dan PgR Abdul Hafiz bin Ruslan, Pegawai RELA Daerah Rembau.
Kolabrasi penganjuran diharapkan mampu menggalakkan aktiviti riadah dan membudayakan sukan dalam kalangan komuniti setempat seiring dengan usaha meningkatkan gaya hidup sihat.
Badan Sihat, Hati Pun Gembira.
Komuniti Kuat Melalui Gaya Hidup Sihat.
#MalaysiaAktif
#rembauaktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search