- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 12
BENGKEL PENGENALAN AEROBIC DANCE NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 12
Seremban, 17 September 2025 – Bengkel Pengenalan Aerobic Dance Negeri Sembilan Tahun 2025 telah diadakan dengan jayanya pada 17 September 2025 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Bengkel ini merupakan inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Senamrobik Negeri Sembilan bagi berkongsi tentang kefahaman, pengendalian dan pengurusan berkaitan peraturan Pertandingan Sukan Aerobic Dance (AD) mengikut syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan.
Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat menarik minat lebih banyak penyertaan bagi Pertandingan Aerobic Dance Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 yang akan diadakan tidak lama lagi.