- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 20
PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN MAHIR: PROJEK REBEN KUNING PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025 SIRI 2
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 20
Mantin, 21 September 2025- Program Rakan Mahir: Projek Reben Kuning Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 Siri 2 telah berjaya dilaksanakan bertempat di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin, Negeri Sembilan.
Projek Reben Kuning 2025 merupakan satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memberi peluang kedua kepada prospek belia melalui penyediaan peluang pekerjaan dan latihan pembangunan ekonomi belia bagi memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan.
Modul 2, Pembangunan Kendiri (Teroka Diri Cipta Masa Depan) telah disampaikan oleh Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa. Semua peserta berinteraksi dengan aktif dan memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang program dilaksanakan.
Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat memberikan impak positif kepada prospek dalam persiapan untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik setelah tamat tempoh tahanan. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat.
#teamkbs
#teamjbsn
#teamjbsn9
#jbsnbersama
#RebenKuning
#RakanMuda
#RakanMahir