TAMPIN, 30 Ogos 2025 (Sabtu) - Bersempena dengan Program Kembara Merdeka Akar Umbi 2.0 Negeri Sembilan 2025 Daerah Tampin, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin telah dilantik sebagai penyelaras bagi mengendalikan aktiviti sukan rakyat. Antara aktiviti sukan rakyat yang dipertandingkan ialah Sukan Tarik Tali, Sepak Raga Bulatan, Bola Jaring Shootout, Lari Dalam Guni dan Basikal Lambat. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran YB Dato' Mohd Isam bin Hj. Mohd Isa Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin. Turut hadir bersama Ustaz Mohamad Firdaus bin Rustam, Penyelaras DUN Gemas, Ketua-ketua serta wakil Jabatan Persekutuan dan Negeri. Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
TAMPIN, 30 Ogos 2025 (Sabtu) - Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti Peringkat Daerah Tampin 2025 (Siri 10) bertempat di D Sawah Londah, Gemas. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin bersama KRT Gemas Indah, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg. Gemas Indah, Tadika Kemas Kg. Gemas Indah dan Kelab Senamrobik Sihat Anggun. Program Malaysia Aktif @ Komuniti adalah sebuah program kecergasan yang memfokuskan kepada aktiviti kecergasan. Program ini dianjurkan bagi menarik minat masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti kecergasan seterusnya dapat menerapkan budaya hidup aktif, cergas dan sihat dalam kehidupan seharian. Program ini diserikan lagi dengan kehadiran Ustaz Mohamad Firdaus bin Rustam, Penyelaras DUN Gemas. Turut hadir bersama En. Ahmad Fareez bin Mohamad Fauzi, Penghulu Mukim Gemas, En. Jasnie bin Abd Rahman, Wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, En. Zulkerzin bin Abd Aziz, Pengerusi JPKK Kg. Gemas Indah dan Puan Noor Fisah binti Mohamed, Presiden Kelab Senamrobik Sihat Anggun. Penganjuran pada siri kali ini adalah bersempena dengan Program Sambutan Hari Merdeka ke 68 anjuran JPKK Kg. Gemas Indah. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #KBSMalaysia #RakanMuda #YakinBoleh #teamJBSN9 #teampbsdtampin
29 Ogos 2025 (Jumaat) Seremban - Telah berlangsung Program Mobilisasi Skuad Ihsan Madani Sukarelawan Anak Malaysia (Satria) Peringkat Daerah Seremban bertempat di Kolej JSJ, Seremban yang telah disertai seramai 82 orang peserta. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama Kelab Belia India Malaysia (MIYC) Kawasan Rasah. Antara pengisian dalam program ini, para peserta didedahkan berkaitan pertubuhan belia, sesi kahoot kemerdekaan, ceramah alam sekitar dan kesukarelawanan. Turut hadir Puan Qurratuaini Binti Ruslan Pegawai Hal Ehwal Murid Kolej JSJ, Saudara Rohit Silva MIYC Negeri Sembilan, Puan Fairuz Binti Mohammad dan En Mohd Khushairi bin Zainal dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Saudara Hemanath Siyamalaruban Pengerusi Majlis Belia India Malaysia (MIYC) Kawasan Rasah serta ahli-ahlinya. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda #JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDSeremban #TeamKBS #TeamJBSN9 #YakinBoleh #RakanMuda #SkillsForLife
Port Dickson, 27 Ogos - Di Malaysia, takrifan umur warga emas mengikut Dasar Warga Emas Negara ialah 60 tahun ke atas dan golongan sering mendapat pelbagai kemudahan dan inisiatif dari pelbagai agensi Kerajaan. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga tidak ketinggalan menyahut seruan Kerajaan dalam usaha membudayakan sukan di kalangan warga emas dengan berkonsepkan "no one left behind" telah mewujudkan satu Program Senaman Warga Emas Aktif 2025. Sehubungan dengan itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Teluk Kemang telah mengadakan satu mesyuarat penyelarasan program ini bersama rakan-rakan pelaksana yang dilantik. Mesyuarat yang diadakan di Bilik Mesyuarat, PBSD Port Dickson yang dipengerusikan oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah dihadiri oleh Puan Siti Zainawa Ibrahim dari Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) Port Dickson, Dr Jualina Suhaimi, Encik Shahrul Hafiz dan Puan Siti Syafiqa Abdul Rahman dari Panel Penasihat Klinik Kesihatan Bagan Pinang, Tuan Haji Ramli Ismail dan Encik Mahyuddin Sahid dari Persatuan Veteran ATM Daerah Port Dickson, Encik Shee Boon Tian dari Persatuan Tai-Chi Huang Seremban, Encik Mohd Amar Syawal Mohd Hanif selaku Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Teluk Kemang dan Encik Khairi Kamaruddin selaku Pengerusi Majlis Belia Daerah Port Dickson. Pengerusi mesyuarat memulakan mesyuarat dengan sesi perkenalan dengan semua ahli mesyuarat. Seterusnya, pembentangan kertas kerja program telah dibentangkan oleh Puan Siti Alifah Hamzah, Pegawai Unit Sukan, PBSD Port Dickson bagi menerangkan konsep pelaksanaan program senaman warga emas yang bakal dilaksanakan pada bulan September hingga Oktober 2025 kelak. Hasil perbincangan telah memperincikan cadangan pelaksanaan, bentuk aktiviti serta mekanisme kerjasama antara agensi dan persatuan/kelab yang terlibat bagi memastikan kelangsungan serta keberkesanan program ini dalam usaha memperkukuhkan gaya hidup sihat serta memperluaskan penyertaan warga emas dalam aktiviti riadah dan senaman berkala. Program Senaman Warga Emas Aktif 2025 dijangka menjadi platform inklusif yang mampu memperkukuhkan jaringan sosial warga emas, menggalakkan aktiviti fizikal secara berterusan serta menyokong agenda kesejahteraan komuniti di daerah Port Dickson. Turut hadir bersama ialah Encik Mohd Azam Zakaria, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Port Dickson dan Encik Jamaludin Sulaiman, Bendahari Kelab Sukan Rekreasi Teluk Kemang. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia JBS Negeri Sembilan #JBSN #JBSNBersama #RoadToHSN2025 #TeamPBSDPortDickson #TeamUnitSukan #TeamKBS #TeamJBSNS #YakinBoleh #RakanMuda
JELEBU, 27 OGOS - Telah berlangsung Pertandingan Catur 1000 Liga 2025 Daerah Jelebu bertempat di Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu, Jelebu. Objektif program 1000 Liga ini adalah untuk menggalakkan masyarakat untuk bergiat aktif dan cergas dengan terlibat dalam aktiviti sukan. Selain itu program ini juga ingin menjadikan sukan sebagai satu gaya hidup sihat dan amalan rutin harian ke arah gaya hidup aktif, cergas dan bersaing yang digerakkan atas inisiatif diri sendiri. Meningkatkan tahap kesihatan dan produktiviti komuniti dengan terlibat dalam aktiviti sukan. Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu. Turut hadir adalah Tuan Mohd Ara bin Mohd Yusof Guru Besar Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu serta barisan jawatankuasa yang terdiri dari guru sekolah dan juga Pusat Akademi Catur Perpateh. Semoga program sebegini dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk mengamal dan mengekalkan gaya hidup sihat dan aktif. #TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSN9 #JBSNBersama #PBSDJelebu
26 OGOS 2025, Senawang – Program yang memberikan peluang kepada setiap lapisan masyarakat di seluruh negara untuk melibatkan diri di dalam aktiviti kecergasan yang membawa manfaat dari aspek kesihatan dan perpaduan serta menyemai budaya gaya hidup aktif melalui aktiviti kecergasan seperti senamrobik dan berjoging ataupun berlari. Telah berlangsung Program Malaysia Aktif @ Komuniti 2025 Peringkat Daerah Seremban (Siri 4) Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi bertempat di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi pada pagi tadi. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Rakan Strategik Kelab Senamrobik Lindalin dan Rakan Pengelola Kelab Senamrobik Sihat Harmoni. Program yang mendapat sambutan yang cukup meriah dengan penyertaan di kalangan guru-guru dan pelajar seramai 716 orang, termasuk semua aliran Prasekolah, Pendidikan Khas serta Tahun 1 hingga Tahun 6. Majlis Perasmian dimulakan dengan Ucapan Aluan daripada Encik Amir Fikri bin Ithnin, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi dan seterusnya perasmian disempurnakan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan turut hadir bersama di dalam majlis tersebut Barisan Guru-Guru Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, termasuk Encik Shah Rizal bin Mohd Yusof selaku Penyelaras Program, AJK Kelab Senamrobik Sihat Harmoni serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan akan datang agar menjadi pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas serta menyemai semangat patriotik di dalam aktiviti sukan. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Kelab Senamrobik Sihat Harmoni, semua pelajar, guru-guru, dan setiap individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Komitmen, usaha, dan semangat anda semua telah menjadikan program ini satu pengalaman yang bermakna dan memberi impak besar kepada semua yang terlibat. Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #YakinBoleh #teampbsdseremban #malaysiaaktif@komunitiseremban2025
Rembau, 23 Ogos – Seramai 54 peserta telah menyertai Pertandingan Catur 1000 Liga Peringkat Daerah Rembau 2025 yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Kundur pagi tadi. Pertandingan yang dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Rembau, SK Kundur dan Kelab Sukan Rekreasi Ekstrem Rembau ini memberi tumpuan kepada kategori Catur Bawah 12 Tahun Tertutup Rembau. Tujuan utama penganjuran adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelajar sekolah rendah serta membudayakan aktiviti sukan berfikir di peringkat komuniti. Turut hadir, Puan Nor Azah binti Abu Bakar, Penolong Pegawai PPD Rembau, Encik Nor Azlan Bin Khamis, Guru Besar SK Kundur, Encik Mat Mizan Bin Yasin, Guru Penolong Kanan Ko-kurikulun SK Kundur dan Encik Muhammad Izzat Emir Bin Roshizan, Pegawai Pembangunan Sukan dan Rekreasi Daerah Rembau. Seiring dengan peribahasa “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”, usaha ini diharap mampu melahirkan generasi pelapis yang berdisiplin, sabar dan berdaya saing dalam sukan catur. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat khususnya Sekolah Kebangsaan Kundur, Rembau yang menjadi lokasi rasmi pertandingan pada kali ini. #RembauAktif #MalaysiaAktif Hannah Yeoh Adam Adli Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara JBS Negeri Sembilan
Senawang, 23 Ogos 2025- Program Intervensi Pemerkasaan Ekonomi (PIPE) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Antara tujuan utama pelaksanaan program ini adalah menggalakkan kegiatan ekonomi yang positif dalam kalangan belia sebagai usaha meningkatkan taraf hidup serta melahirkan belia yang lebih berdaya saing dalam bidang automotif dan mampu untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat. Peserta yang hadir ke program ini melibatkan penyertaan daripada pelbagai agensi seperti Jabatan Penjara Negeri Sembilan, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Sembilan serta belia massa. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir sama, TPP Tuan Mohd Arif bin Shamsuddin, Ketua Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin, Encik Mohd Hairul Iezhari bin Misran, wakil Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Seremban dan Encik Che Mohamad Hafis bin Che Jusoh, wakil Pengarah Urusan Kumpulan MAG. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama semua pihak yang terlibat. Semoga usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini dapat membantu golongan belia khususnya dalam menggalakkan kegiatan ekonomi yang positif serta menaik taraf tahap kehidupan belia. #teamkbs #teamjbsn #teamjbsn9 #jbsnbersama #PIPE2025
Program Madani Rakyat 2025 (PMR2025) Negeri Sembilan berlangsung meriah pada hari kedua penganjurannya!!! Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan tidak ketinggalan terlibat dalam penganjuran PMR2025 Negeri Sembilan dimana diberi tanggungjawab untuk melengkapkan Kluster Belia dan Sukan. Strategi memilih Sukan Elektronik (E-Sport), acara Tendangan Penalti dan Sukan Tradisional menjadi apabila menjadi tumpuan rata-rata pengunjung yang hadir di Dataran Nilai, tempat berlangsungnya PMR2025 Negeri Sembilan. YBrs. Encik Abdullah bin Hasan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan turut hadir ke booth JBS Negeri Sembilan dan menyaksikan sendiri sambutan hangat para pengunjung untuk mencuba acara sukan yang disediakan. Turut hadir Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah, JBS Negeri Sembilan. Majlis Perasmian PMR2025 Negeri Sembilan telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. Esok merupakan hari terakhir PMR2025 Negeri Sembilan, Ayuhh!!!! penduduk Nilai mahupun di Negeri Sembilan amnya dapat mengambil peluang hadir ke program tersebut yang turut menyediakan pelbagai pemeran dan aktiviti dari agensi-agensi kerajaan, swasta dan Ngo. #teamKBS #teamJBSN #teamjbsn9 #jbsnkomited #PMR2025N9