SENAMAN WARGA EMAS AKTIF 2025 DAERAH JELEBU

JELEBU, 13 OKTOBER - Telah berlangsung Senaman Warga Emas Aktif 2025 Daerah Jelebu Siri 1 bertempat di Taman Awam Majlis Daerah Jelebu dengan kerjasama Pusat Aktiviti Warga Emas Jelebu
Objektif aktiviti ini adalah untuk melatih warga emas untuk kekal aktif, sihat dan menjadikan aktiviti sukan dan kecergasan sebagai budaya hidup. Selain itu, ia juga bertujuan untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan dalam kalangan warga emas dengan agensi berkaitan serta masyarakat mahupun penggiat kecergasan komuniti. Akhir sekali, aktiviti ini menyokong usaha kerajaan bagi memastikan warga emas mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
Diharapkan dengan pendekatan yang diambil ini dapat mencapai hasrat YB Menteri Belia dan Sukan untuk masyarakat warga emas.
#JBSN
#JBSN9
#PBSDJelebu
#MalaysiaAktif

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search