Program Senaman Warga Emas Siri 1 Peringkat Daerah Rembau 2025

Rembau, 14 Oktober 2025 (Selasa) - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero serta Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Rembau telah menganjurkan Program Senaman Warga Emas Siri 1 Peringkat Daerah Rembau 2025 pada pagi Selasa bertempat di Gelanggang Futsal Dataran Rembau.
Program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas melalui aktiviti senaman ringan yang menyeronokkan serta menggalakkan mereka untuk terus aktif dan cergas di usia emas.
Aktiviti senaman pagi dikendalikan oleh Puan Nor Ashikin binti Mohd Zain instruktor berpengalaman daripada Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero. Para peserta yang terdiri daripada ahli PAWE Rembau dan komuniti setempat kelihatan bersemangat mengikuti setiap gerakan senaman yang dijalankan. Dapat dilihat keceriaan dan keseronokan terpancar di wajah para peserta apabila berpeluang menyertai aktiviti riadah seperti ini, yang bukan sahaja menyihatkan badan tetapi turut mengeratkan silaturahim sesama komuniti.
Turut hadir Puan Norzila binti Ismail (Pengerusi PAWE Daerah Rembau) yang menyatakan penghargaan kepada semua peserta dan agensi yang menjayakan program ini. Beliau turut menekankan kepentingan aktiviti fizikal berterusan bagi mengekalkan kesihatan mental dan fizikal warga emas agar kekal ceria dan produktif.
Program sebegini diharap dapat menjadi platform berterusan bagi memperkukuh jaringan komuniti serta menyokong inisiatif kerajaan dalam memperkasa kesejahteraan warga emas di daerah Rembau.
#RembauAktif
#MalaysiaAktif
#TeamKBS
#PAWERembau
#senamanwargaemas
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search