- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 96
KELAINAN DISAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA DAERAH KUALA PILAH 2025 (HSNDKP2025) TAHUN INI.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 96
11 Oktober 2015, DUN Juasseh telah dipilih sebagai tuan rumah Sambutan HSNDKP2025 kali ini. Seramai 3276 orang telah pun turut serta menjayakan sambutan pada tahun ini. Bermula dari 9 hingga 11 kejohanan Tinju Kebangsaan telah pun dimulakan seramai 200 orang petinju, urusetia, teknikal dan pengadil telah mengambil bahagian. Ini merupakan akan julung kali sukan tinju dibawa semasa Sambutan HSN, sepanjang 10 tahun diperkenalkan semenjak 2015 dahulu.
Bermula jam 7.30 pagi aktiviti senamrobik perdana telah dimulakan, diikuti pula dengan Majlis Perasmian Pembukaan oleh YB Puan Sri Dato Hjh. Bibi Sharliza binti Mohd Khalid ADUN kawasan Juasseh dengan diiringi oleh Puan Pegawai Daerah, Pegawai Belia Dan Sukan serta Pengerusi MBD Kuala Pilah. Antara aktiviti sukan yang dipertandingkan adalah:
Aerobikton, Silat Olahraga, mari mencuba memanah,Fun Run, Fun Ride, Futsal, Bola Jaring, Sepak Takraw, Pertandingan memasak, Sukaneka dan Sukan Tradisional warga emas serta Karom.
Pada sebelah petang pula Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YB Dato Hj. Adnan bin Hj. Abu Hassan Ahli Parlimen Kuala Pilah dengan diiringi oleh Tuan Penoling Pegawai Daerah, YB ADUN Kawsan Juasseh, Pegawai Belia Dan Sukan, Pengerusi MBD, Presiden Persatuan Tinju Negeri Sembilan, Pengerusi-Pengerusi JPKK Parlimen Kuala Pilah. Turut hadir sepanjang Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Kuala Pilah 2025 YB Dato Hj. Ismail bin Lasim, ADUN Kawasan Senaling, ADUN Jeram Padang, ADUN Kawasan Seri Menanti dan Ketua-ketua wanita cawangan Parlimen Kuala Pilah.
