PAMERAN DAN PROMOSI PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH JEMPOL

SUNGAI LUI, 12 Oktober 2025 - Telah berlangsungnya pameran dan promosi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol bertempat di Dataran Budaya Felda Pasoh 2 yang telah berlangsung selama dua (2) hari dari 11 oktober hingga 12 oktober 2025.
Pameran diadakan sempena Program Karnival Akar Umbi Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 yang telah disertai oleh tiga (3) orang Sukarelawan di bawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Aktiviti pameran yang diadakan adalah seperti mempromosikan program-program di bawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol, makluman dan cara penggunaan Sistem Tempahan Fasiliti (STF) KBS, hebahan pencarian sukarelawan di bawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol, mempromosi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM), dan beberapa permainan menarik.
Semoga dengan pameran dan promosi seperti ini dapat menarik minat anak-anak muda dan belia dalam menyertai program-program dan aktiviti-aktiviti di bawah Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dan program-program peringkat daerah dan negeri.
#MalaysiaMadani
#JBSNbersama
#JBSN9
#pbsdjempol
#ARPRM
#pameran&promosi
#sukarelawanpbsdjempol

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search