- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 122
KARNIVAL PERPADUAN DAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT DAERAH REMBAU 2025 SEMARAKKAN SEMANGAT “ MALAYSIA AKTIF!”
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 122
REMBAU, 11 Oktober 2025 (Sabtu) – Padang Dataran Rembau hari ini disemarakkan dengan semangat kesukanan dan perpaduan apabila ribuan peserta hadir memeriahkan Karnival Perpaduan dan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Rembau 2025.
Sambutan Hari Sukan Negara yang diraikan serentak di seluruh negara pada minggu kedua bulan Oktober setiap tahun kembali membawa mesej penting kepada masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan riadah. Tahun ini, Rembau menampilkan kelainan dengan tema “Malaysia Aktif, Rembau Aktif, Cergas Bersama!” yang menggambarkan komitmen daerah ini terhadap kesihatan dan perpaduan komuniti.
Program ini dianjurkan secara bersama oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau, Pejabat Perpaduan Daerah Rembau dan Kelab Sukan Rekreasi Ekstrem Rembau (RESREC) berjaya menghimpunkan 22 acara menarik yang merangkumi elemen sukan, seni dan perpaduan masyarakat. Antara aktiviti utama ialah Senam Harmoni, Fun Run 5KM, Fun Walk, Aerobicthon, Sepak Takraw, Sepak Raga Bulatan, E-Sport Mobile Legends, Sukan Rakyat dan serta pertandingan menyumpit. Tidak ketinggalan, aktiviti berunsurkan perpaduan seperti Pertandingan Busana, Kolaj Keluarga, dan Sukaneka Tabika turut menceriakan suasana dengan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang menzahirkan semangat harmoni dan kekeluargaan.
Menariknya, Majlis Belia Daerah Rembau turut memainkan peranan penting dengan penganjuran Program Youth Bazar, yang menjadi tumpuan pengunjung melalui penyertaan usahawan belia tempatan. Inisiatif ini bukan sahaja membuka peluang ekonomi kepada golongan muda, tetapi juga memperkasakan semangat keusahawanan belia sejajar dengan aspirasi pembangunan belia di peringkat daerah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Zaifulbahri bin Haji Idris, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Chembong. Turut hadir memeriahkan program ialah YB Tuan Suhaimi bin Aini (ADUN Kawasan Kota), Tuan Mohd Zamri bin Esa (Pegawai Daerah Rembau), Puan Marlina binti Termudi (Pengarah JPNIN Negeri Sembilan) Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau), Puan Mariawaty binti Mohd Din (Pegawai Perpaduan Daerah Rembau) dan beberapa ketua jabatan yang lain.
Pihak PBSD Rembau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua rakan strategik terutamanya Majlis Belia Daerah Rembau, Kelab Sukan Rekreasi Ekstrem Rembau (RESREC), Kelab Senamrobik Aura Sihat, Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero, Negeri Sembilan E-Sport Association (NSEA), KRT Daerah Rembau, Team Sukarelawan IKTBN Chembong, Sahabat Prihatin Kota dan semua pihak yang terlibat dalam penganjuran kali ini.
Karnival ini bukan sahaja menjadi platform bagi mempromosikan aktiviti sukan dan gaya hidup sihat, tetapi juga berfungsi sebagai wadah memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum. Melalui tema “Sukan Menyatukan Kita”, program ini menyerlahkan peranan sukan sebagai jambatan keharmonian dan penyatuan komuniti di daerah Rembau.
#HSN2025
#RembauAktif
#MalaysiaAktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
