- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 149
HARI SUKAN NEGARA 2025 (HSN2025) PERINGKAT DAERAH SEREMBAN (BAHAGIAN 1)
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 149
Nilai, 11 Oktober 2025 - HSN2025 pada kali ini mengetengahkan konsep Malaysia Madani dengan menghormati dan meraikan perbezaan agama serta budaya sesama kaum. Sehubungan itu konsep pelaksanaan dirangka untuk merancakkan semula aktiviti kecergasan dan rekreasi di Malaysia. Hal ini perlu diambil tanggungjawab bukan sahaja di pihak kerajaan, malah oleh semua lapisan masyarakat dan organisasi berkaitan sukan untuk bersama merancakkan kembali aktiviti sukan.
Telah berlangsung Majlis Perasmian Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Daerah Seremban bertempat di Kompleks Sukan Tunku Najihah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Arul Kumar A/L Jambunathan, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan merangkap ADUN Nilai. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Rakan Strategik Kelab Badminton Sokanden bersama Rakan Pengelola Pusat Sukan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai.
Turut hadir menyerikan majlis adalah Ybhg. Prof Madya Dr Mushaddad bin Hasbullah, Timbalan Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA), USIM Nilai, Tuan Mohamad Najib bin Mustafa, Pegawai Daerah dan Tanah Seremban (Pejabat Daerah Dan Tanah Seremban), Tuan Mohd Asri bin Hj. Husain, Pengarah Pusat Sukan, Universiti Sains Islam Malaysia - USIM Nilai, Dato’ Mary Josephine Pritam Singh, Penasihat 206 Trust Boxing Club, Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Ketua Jabatan di peringkat daerah serta Rakan Strategik HSN 2025 Peringkat Daerah Seremban.
Antara program yang dijalankan adalah seperti Larian Ria Madani, Senamrobik Malaysia Aktif, Demonstrasi Wajadiri, Klinik Asas Sukan Pickleball, Pertandingan Sepak Takraw, Pertandingan 3 on 3 Bola Jaring, Klinik Sukan Tinju, Pertandingan Bola Tampar (Lelaki), Mari Mencuba Sukan Stacking Cup dan gerai jualan.
Dianggarkan seramai 1000 orang telah menyertai sambutan dan program HSN 2025 Peringkat Daerah Seremban pada hari ini.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan sambutan Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025) Peringkat Daerah Seremban.
Terima kasih Rakan Strategik dan Rakan Pengelola HSN2025 Peringkat Daerah Seremban.
1. Pejabat Pertanian Daerah Seremban
2. Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam - SWCorp
3. Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
4. KELAB RAKAN MUDA RASAH
5. Kelab Senamrobik Lindalin
6. Kelab Bola Jaring Dragonites
7. Niners Volleyball Club
8. Persatuan Sukan Stacking Cup Negeri Sembilan WSSA Negeri Sembilan
9. 206 Trust Boxing Club
10. Sokanden SportsHub
11. JPJ Negeri Sembilan
12. Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban
13. Balai Polis Nilai
14. Majlis Belia Daerah Seremban
#teampbsdseremban
#TeamJBSN9
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI
#HSN2025
#HSNSEREMBAN2025
#MalaysiaAktif
#RakanMuda
#RakanAktif
