- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 93
SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA (HSN) TAHUN PERINGKAT DAERAH JEMPOL TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 93
JEMPOL, 10 Oktober 2025 - Majlis sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Jempol Tahun 2025 disambut meriah oleh warga Jempol.Kompleks Rakan Muda Jempol menjadi venue utama bagi majlis Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Jempol kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hj.Mustapha Bin Nagoor, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan merangkap ADUN Kawasan Palong dan ADUN Angkat Serting. Seramai 1865 orang termasuk tetamu jemputan, peserta, urusetia, teknikal dan pengunjung telah memeriahkan majlis sambutan ini yang berlangsung di Kompleks Rakan Muda Jempol.
Sambutan yang berlangsung ini anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Kelab Kecergasan Bahau dan agensi-agensi kerajaan daerah Jempol seperti Pejabat Daerah dan Tanah Jempol, Majlis Perbandaran Jempol, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol, Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Pejabat Pendidikan Daerah Jempol, Pejabat Kesihatan Daerah Jempol,Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Serting, sekolah-sekolah dan lain-lain agensi.
Turut hadir dalam majlis ini adalah Tuan Amino Bin Agus Pegawai Daerah Jempol , Supt Norhisham Bin Mustapar OCPD Jempol, Puan Rusnani Binti Hamzah Pengerusi Kelab Kecergasan Bahau, Encik Nor Rashidi Bin Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol , ketua-ketua dan wakil ketua jabatan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat setempat.
Kerajaan juga telah meletakkan status aktiviti sukan dan riadah ini sebagai sebuah agenda nasional dalam melahirkan masyarakat Malaysia Madani yang sentiasa sihat, aktif dan cergas dalam pembabitan aktiviti-aktiviti sukan.
#HSNJEMPOL2025
#teamkbs
#teamjbsns
#teampbsdjempol
KBSMalaysia JBSNegara JBS Negeri Sembilan
