KURSUS LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) MENDAKI TEMBOK TIRUAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Sembilan 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat di Tampin Eco Extreme Park pada 1 & 2 November 2025!  
Kursus ini bertujuan memberi pendedahan asas kepada para peserta mengenai teknik mendaki yang betul, aspek keselamatan, serta kemahiran asas yang diperlukan dalam sukan mendaki.  
Sepanjang dua hari program, para peserta menunjukkan komitmen tinggi dan semangat luar biasa — bukan sahaja belajar teori, tapi turut mencuba sendiri aktiviti mendaki di tembok tiruan yang mencabar!   
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, jurulatih, urusetia, serta pihak yang terlibat menjayakan kursus ini.
Semoga ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk terus mengembangkan sukan mendaki di Negeri Sembilan.  
Tahniah semua!  
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tampin
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#teamjbsn9
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search