- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 50
SESI KUNJUNGAN RASMI SRM-IPT KPJ HEALTHCARE UNIVERSITY BERSAMA PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SEREMBAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 50
Seremban, 10 Nov 2025 - Telah berlangsung Sesi Kunjungan Rasmi SRM IPT KPJ Healthcare University bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
SRM IPT KPJ Healthcare University ini telah berdaftar dibawah KBS pada bulan Mac 2025 yang lalu berperanan bagi menggerakkan aktiviti 10 Gaya Hidup Rakan Muda khususnya di KPJ Healthcare University.
Sesi kunjungan ini telah diketuai oleh Saudara Muhammad Syamsul bin Mohamed Zuki, Pengerusi SRM-IPT KPJ Healthcare University bersama 5 ahli jawatankuasanya.
Sesi dimulakan dengan sesi suai-kenal antara Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Puan Cindy Usun Sigau dengan wakil SRM-IPT. Proses suai-kenal ini turut berkisar tentang objektif dan tujuan penubuhan SRM-IPT serta pembentangan dari PBSD Seremban dan pembentangan aktiviti-aktiviti tahun 2026 yang telah dirancang oleh pihak SRM-IPT KPJ Healthcare University.
Di akhir sesi, satu majlis penyampaian Sijil Pengesahan Penubuhan telah disempurnakan oleh Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban kepada kepada pihak SRM-IPT KPJ Healthcare University.
Diharap dengan perjumpaan ini dapat meluaskan capaian program Rakan Muda kepada golongan belia pengajian tinggi yang berumur 17 – 25 tahun disamping dapat mendekati remaja dan belia pengajian tinggi melalui pelaksanaan program anjuran Kementerian Belia dan Sukan dan juga sebagai jambatan penghubung antara Jabatan Belia dan Sukan dan Institut Pengajian Tinggi.
Syabas dan tahniah anak-anak muda!
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDSeremban
#TeamKBS #TeamJBSN9
#YakinBoleh #RakanMuda #SRMIPT
