- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 37
SENAMAN WARGA EMAS AKTIF SIRI 7 REMBAU MERIAHKAN SAMBUTAN HARI WARGA EMAS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 37
REMBAU, 4 NOVEMBER 2025 (SELASA) – Lebih 80 peserta warga emas membuktikan usia bukan penghalang untuk kekal aktif dan ceria apabila hadir ke Pusat Rekreasi Rembau bagi menjayakan Program Senaman Warga Emas Aktif Siri 7 Peringkat Daerah Rembau 2025 sempena Sambutan Hari Warga Emas Daerah Rembau.
Program yang berlangsung meriah ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau, Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero dan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Rembau.
Suasana pagi dipenuhi dengan tawa, muzik rancak, dan keceriaan peserta yang menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Selain aktiviti senamrobik yang dipimpin oleh Puan Nor Ashikin binti Mohd Zain, instruktor dari Kelab Sukan Kecergasan Fit Aero, pelbagai acara sukaneka yang mencabar dan menguji minda turut diadakan. Antara acara yang dipertandingkan ialah pancing botol, menganyam ketupat dan ‘musang berjanggut’ serta cabutan bertuah turut diadakan bagi memeriahkan suasana.
Turut hadir memberikan sokongan padu kepada para peserta ialah Puan Norzila binti Ismail, Pengerusi PAWE, Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau dan Encik Muhammad Nur Firdaus bin Zakaria, Pegawai Unit Pembangunan Komuniti dan Warga Emas, JKM Daerah Rembau.
Program ini bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi melambangkan penghargaan terhadap sumbangan warga emas yang terus menjadi inspirasi kepada generasi muda, membuktikan bahawa tenaga, semangat dan keceriaan tiada tarikh luput.
#senamanwargaemasaktif
#pawerembau #PBSDRembau
#kelabsukankecergasanfitaero
#TeamKBS #MalaysiaAktif #rembauaktif
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
