- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 76
PROGRAM RAKAN MUDA TURUN IPG – KURSUS ASAS PENGURUSAN DAN KEPEGAWAIAN ACARA SUKAN PICKLEBALL
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 76
Seremban, 19 Nov 2025 - Telah berlangsung Program Rakan Muda Turun IPG – Kursus Asas Pengurusan Dan Kepegawaian Acara Sukan Pickleball bertempat di Balai Ilmu, Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar.
Program ini adalah anjuran bersama Persatuan Sokanden Negeri Sembilan melalui Dana Rakan Muda KBS dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG Kampus Raja Melewar yang disertai seramai 50 orang peserta dikalangan pelajar atau bakal-bakal guru IPG Kampus Raja Melewar.
Antara tujuan dan objektif program ini adalah memberikan latihan asas mengenai peraturan, teknik serta kemahiran kepengadilan dan kepegawaian dalam sukan Pickleball disamping memberi pengalaman praktikal dalam situasi pertandingan sebenar.
Majlis perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Puan Cindy Usun Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban. Turut hadir Dr Yusri Bin Kamarudin wakil IPG Kampus Raja Melewar, En Mohd Arif Bin Johari Pengerusi Persatuan Sokanden Negeri Sembilan, En Mohd Hazim Shah Bin Sabtu Setiausaha Persatuan Sokanden Negeri Sembilan juga selaku penceramah dan En Mohd Khushairi Bin Zainal Unit Rakan Muda PBSD Seremban.
Sokanden SportsHub
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDSeremban
#TeamKBS #TeamJBSN9
#YakinBoleh #RakanMuda #IPGKRM
