PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG 2025 FASA 3 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN @DAERAH PORT DICKSON.

PORT DICKSON , 5 Januari 2026 - Telah berlangsung KLAS Renang Fasa 3 bagi Daerah Port Dickson. Pada Fasa 3 tahun 2025 ini, Daerah Port Dickson kali pertamanya dipilih untuk menjalani program ini bagi kategori B40 yang berumur 7 hingga 13 tahun. Seramai 80 orang peserta terlibat mengikuti program ini yang dijalankan selama 6 sesi di dua tempat yang berbeza iaitu di Sekolah Seri UCSI dan Yacht Club, Royal Port Dickson.
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari mesyarakat sekitar. Antara faktor ramai yang menggemari program ini adalah disebabkan Daerah Port Dickson terkenal dengan sukan air dan kawasan dikelilingi dengan laut dan pantai.
Majlis penyerahan sijil dan penutupan program disampaikan oleh Encik Mohd Azam bin Zakaria, Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson. Turut hadir bersama dalam program ini adalah En. Kavin, (Sports Co-odinator) Sekolah Sri UCSI, En. Michael Tan Kian Ming, Vice President , Royal Port Dickson Yacth Club dan En. Ravivarma Sanmugam, Presiden Persatuan Finswimming Negeri Sembilan
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat mencapai objektif penganjuran serta membudayakan sukan renang sebagai salah satu aktiviti yang sihat dan dapat membantu mengurangkan risiko.
#JBSNBersama
#JBSNSembilan
#MalaysiaMadani
#KLASRENANGNegeriSembilan

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search