- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 98
TAKLIMAT DAN PROMOSI ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI, SEREMBAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 98
Seremban, 9 Disember 2025 – Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang diperkenalkan di Malaysia sejak tahun 2000 melalui Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melahirkan ramai pemegang anugerah berprestij dan bertaraf antarabangsa ini, terus mendapat perhatian dan menarik minat remaja berumur 14 hingga 25 tahun. Sehubungan dengan itu, inisiatif Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Seremban bersama Persatuan Belia Dinamik Barat dalam Taklimat dan Promosi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bertempat di Sekolah Menegah Kebangsaan Puteri, Seremban yang di hadiri seramai 400 orang pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Zaharuddin Bin Abd Majid, Pemimpin ARPRM Daerah Seremban yang turut dibantu oleh Saudara Mohd Haikal Bin Norahmad dan Saudari Norhazlinda Binti Mohd Hizar yang mana kedua-duanya adalah Pemegang Pingat Tahap Emas ARPRM.
Turut hadir dalam sesi taklimat ini Puan Hajah Siti Norezan Bt Jalil Pengetua SMK Puteri, Puan Cindy Usun Sigau Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Tuan Haji Mohamed Ismail bin Haron GPK Koko SMK Puteri, Puan Pn Noraini binti Mohamed Kassim SU Koko SMK Puteri, Puan Uthayakumari a/p Sellakutty Guru Penyelaras Rakan Muda SMK Puteri dan En Mohd Khushairi Bin Zainal Unit Rakan Muda PBSD Seremban.
Diharap selepas sessi taklimat ini dapat melahirkan lebih ramai lagi pemegang tahap Gangsa hingga tahap Emas yang layak ditauliahkan berdasarkan komponen-komponen yang ditetapkan khususnya di Daerah Seremban. Walau bagaimanapun, program ini bukanlah berbentuk pertandingan malahan ianya merupakan satu program yang mencabar kebolehan dan kemampuan diri mengikut pencapaian terbaik peserta di samping mengamalkan 10 Gaya Hidup Rakan Muda sebagai panduan.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDSeremban
#TeamKBS #TeamJBSN9
#YakinBoleh #RakanMuda
