- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 54
KEMAHIRAN ASAS SUKAN CHEERLEADING (KLAS) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 54
PAROI , 2 Disember 2025 - Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sembilan telah menganjurkan Program Kemahiran Asas Sukan Cheerleading Peringkat Negeri Sembilan 2025. Program ini buat julung kalinya dianjurkan bertujuan mempromosikan sukan Cheerleading dikalangan masyarakat Malaysia yang melibatkan akrobatik, tarian, lompatan, pyramid, aksi dan shouting.
Seramai 90 orang peserta terdiri daripada pelajar berumur 7-19 tahun dari 15 buah sekolah di Negeri Sembilan telah menyertai program kali ini. Sesi latihan dan pembelajaran ini telah dikendalikan oleh enam (6) orang jurulatih dari Persatuan Cheerleading Malaysia yang merupakan ahli-ahli Pasukan Sorak Malaysia.
Di akhir sesi tersebut telah diumumkan seramai 30 orang peserta yang telah terpilih untuk mewakili Negeri Sembilan dalam Pertandingan Cheerleading Peringkat Kebangsaan yang akan dilaksanakan pada 19-21 Disember 2025 di Vellocity Mall, Sunway.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyerahan Sijil telah disempurnakan oleh En. Azmi Amar Azwan bin Mostapa, Pegawai Pembangunan Rakan Muda, JBS Negeri Sembilan.
#JBSN9
#TeamKBS
#teamjbsn
#JBSNBersama
#MalaysiaAktif
