- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 10
HARI KEDUA KEJOHANAN MUAY THAI Y.T.M DATO' UNDANG LUAK JOHOL 2026 BERAKHIR MERIAH
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 10
Tampin, 25 Januari 2026 (Ahad) – Tirai Kejohanan Muay Thai Y.T.M Undang Luak Johol 2026 berakhir lewat malam tadi. Kejohanan ini adalah anjuran Kelab Mixed Martial Art Al-Fath Waghih dengan perkenan Balai Rasmi Undang Luak Johol, dan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Majlis Daerah Tampin.
Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Haji Muhammed bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol, berkenan hadir menyaksikan perlawanan akhir Kategori Pro seterusnya menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Acara menarik pada hari terakhir kejohanan adalah Pertandingan Merebut Tali Pinggang Y.T.M Dato’ Undang Luak Johol yang diperkenankan dan disampaikan oleh Y.T.M Dato’ Undang Luak Johol sendiri.
Turut hadir menyaksikan kejohanan julung kali di Kompleks Dataran Arena Tampin ini ialah, YB Dato’ Mohd Isam bin Haji Mohd Isa, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin, Y.B Tuan Suhaimizan bin Bizar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh, YBhg Ustaz Mohamad Firdaus bin Rustam, Penyelaras DUN Gemas, En. Mohd Fadhil bin Hassan, Pegawai Daerah Tampin, Kol. Zakhir Asni bin Zabidi, Komander Garison Kem Syed Sirajuddin Gemas, Tn. Supt. Amiruddien bin Sariman, Ketua Polis Daerah Tampin, Pn. Suraini binti Salihin, Yang DiPertua Majlis Daerah Tampin, En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Ketua serta wakil ketua jabatan persekutuan dan negeri serta agensi.
Semoga kejohanan seperti ini akan dianjurkan lagi pada masa mendatang agar dapat mencungkil bakat diperingkat akar umbi dan dapat melahirkan atlet muay thai bertaraf antarabangsa.
#RoadtoHSN2026
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdtampin
