TAKLIMAT DAN CABUTAN UNDI KEJOHANAN BOLA TAMPAR ANTARA JABATAN SEMPENA HARI KEPUTERAAN YANG KE 78 DYMM YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN TAHUN 2026

Tampin, 30 Januari 2026 (Jumaat) - Telah berlangsung sesi taklimat dan cabutan undi Kejohanan Bola Tampar Antara Jabatan Sempena Hari Keputeraan ke 78 DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tahun 2026 bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin. Sesi taklimat dan undian ini telah dilaksanakan secara bersemuka dan atas talian.
Kejohanan ini adalah anjuran Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Tampin dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Kejohanan yang akan berlangsung pada 4 Februari 2026 (Rabu) bertempat di Kompleks Arena Dataran Tampin ini akan menghimpunkan sebanyak 12 pasukan lelaki dan 12 pasukan wanita. Selamat bertanding kepada semua pasukan.
#roadtoHSN2026
#JBSNBersama
#KBSMalaysia
#RakanMuda
#YakinBoleh
#teamJBSN9
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search