- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 7
KEJOHANAN MUAY THAI Y.T.M DATO' UNDANG LUAK JOHOL 2026
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 7
Tampin 24 Januari 2026 (Sabtu) – Telah berlangsung Kejohanan Muay Thai Y.T.M Dato' Undang Luak Johol 2026 bertempat di Kompleks Arena Dataran Tampin. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari ini bermula dari 24 – 25 Januari 2026 merupakan anjuran Kelab Mixed Martial Art Al-Fath Waghih dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Majlis Daerah Tampin dan mendapat perkenan sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Dato’ Haji Muhammed bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol tahun 2026.
Seramai 214 orang petarung dari kelab muaythai dalam dan luar Negeri Sembilan telah terlibat pada kejohanan kali ini yang melibatkan kategori Profesional, IFMA 'A' dan Amatur. Sekaligus dapat mempromosikan Tampin sebagai satu lokasi untuk penganjuran kejohanan sukan tempur ini.
Majlis Perasmian kejohanan ini telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Isam bin Hj. Mohd Isa, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Y.B Tuan Suhaimizan bin Bizar, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh, YBhg Ustaz Mohamad Firdaus bin Rustam Penyelaras DUN Gemas, Lt. Kol Hasmin Shamon bin Abdul Rahman wakil Komander Garison Kem Syed Sirajuddin Gemas, En. Mohd Firdauz bin Shariff Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Puan Nairul Nabilah binti Ab. Latif Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, En. Muhammad Aizuddin Bin Mohd Nasir Presiden Kelab Mixed Martial Art Al-Fath Waghih serta wakil dari agensi-agensi.
Kehadiran pengunjung amat dialu-alukan bagi memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan yang bakal disempurnakan sendiri oleh Y.T.M Undang Luak Johol pada 25 Januari 2026 (Ahad) jam 8.30 malam.
Tahniah kepada semua peserta yang menyertai kejohanan ini dan kepada pasukan penganjur yang bertungkus-lumus menjayakan acara ini. Kejohanan seperti ini memberi peluang kepada bakat tempatan untuk menyerlah di peringkat yang lebih tinggi, sekaligus meningkatkan minat terhadap seni muaythai. Semoga kejohanan ini terus memberi inspirasi kepada generasi muda kita untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
JBS Negeri Sembilan
#RoadtoHSN2026
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#pbsdtampin
