Lawatan Pemeriksaan Aset Fizikal di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah

Kuala Pilah, 28 Januari 2026 — Cawangan Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) telah mengadakan Lawatan Pemeriksaan Aset Fizikal di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah pada 28 Januari 2026. Lawatan ini bertujuan untuk menilai semula kedudukan aset-aset kerajaan di kompleks tersebut agar berada di lokasi asal serta memastikan setiap aset digunakan mengikut tujuan yang telah ditetapkan.
Lawatan pemeriksaan ini telah diwakili oleh En. Alsidi Mohamad dan En. Mohammad Syarafuddin Ahmad daripada Cawangan Pengurusan dan Perkhidmatan Sokongan JBSN. Sepanjang lawatan, fokus utama diberikan kepada semakan inventori, keadaan fizikal aset serta pematuhan penggunaan aset selaras dengan garis panduan dan peraturan pengurusan aset kerajaan.
Secara amnya, pemeriksaan aset dilaksanakan bagi melindungi kepentingan kerajaan, memastikan aset diurus secara sistematik dan berkesan, serta mengelakkan berlakunya pembaziran, kehilangan dan salah urus aset. Usaha ini juga penting bagi menjamin kelestarian penggunaan aset dalam menyokong pelaksanaan program dan aktiviti belia di peringkat daerah.
Lawatan ini telah diiringi oleh En. Mohd Zul Fadli Ahmad, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah, bersama pasukan beliau. Kerjasama yang baik antara pihak cawangan dan pejabat daerah telah melancarkan proses pemeriksaan serta membolehkan maklum balas dan penambahbaikan dikenal pasti secara terus di lapangan.
Diharapkan melalui lawatan pemeriksaan ini, pengurusan aset di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah dapat terus diperkemas dan dipertingkatkan demi memastikan kemudahan yang disediakan sentiasa berada dalam keadaan baik dan memberi manfaat maksimum kepada golongan belia setempat.

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search