- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 29
MAJLIS TAHLIL PERDANA ANJURAN SURAU KOMPLEKS RAKAN MUDA JEMPOL
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 29
Jempol, 13 Februari 2026 – Surau Kompleks Rakan Muda Jempol dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol telah menganjurkan Majlis Tahlil Perdana yang berlangsung dengan penuh khusyuk dan kehadiran memberangsangkan daripada semua warga kerja Kompleks Rakan Muda Jempol. Program yang diadakan selepas solat Magrib di Dewan Solat surau ini menghimpunkan muslimin dan muslimat dalam suasana penuh keinsafan dan ukhuwah.
Majlis dimulakan dengan solat Magrib berjemaah, diikuti bacaan Surah Yasin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Mohamad Irfan Marzuki bin Mohmad Nor, Imam Masjid India Muslim Al-Rahman Bahau serta barisan asatizah jemputan. Bacaan tahlil diadakan khusus bagi mendoakan kesejahteraan umat Islam serta mengingati ahli keluarga dan kariah yang telah kembali ke rahmatullah.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua jawatankuasa, penyumbang serta para hadirin yang telah menjayakan program ini. Semangat kerjasama dan kebersamaan yang ditunjukkan mencerminkan kesatuan dan keharmonian seluruh warga Kerja Kompleks Rakan Muda Jempol setempat.
Diharapkan penganjuran Majlis Tahlil Perdana ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh silaturahim dan memakmurkan institusi surau sebagai pusat ibadah dan perpaduan ummah.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNKomited
#MalaysiaMadani
#RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
