- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 16
PROGRAM KOLABORASI KWSP NEGERI SEMBILAN DAN JBS NEGERI SEMBILAN 2026
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 16
SEREMBAN, 25 Februari- JBS Negeri Sembilan telah menerima kunjungan dari KWSP Negeri Sembilan hari ini bagi program kolaborasi strategik secara bersama bagi tahun ini. Wakil dari KWSP Negeri Sembilan telah diwakili oleh Ybrs. En Mohd Zaki bin Omar selaku Head Relationship & Advisory bersama pegawai En Mohd Arif bin Mazlan telah hadir dengan bertujuan memperkenalkan KWSP menerusi aktiviti kebajikan dan pendidikan (program outreach) kepada warga JBS dan juga rakan strategik jabatan khususnya generasi belia beliwanis di Negeri Sembilan.
Hadir mewakili Pengarah JBS, En Azharizal bin Santib turut bersama sesi tersebut. Menerusi sesi perbincangan tersebut, KWSP Negeri Sembilan menerusi produk mereka iaitu i persaraan telah menggalakkan pelanggan untuk menambahkan tabungan melalui simpanan secara sukarela mengikut kemampuan sendiri. Ini bagi memastikan pelanggan mempunyai simpanan mencukupi apabila mencapai usia persaraan kelak.
Semoga dengan program kolaborasi ini akan memberikan lebih manfaat kepada kedua-dua pihak dan mencapai sasaran untuk peningkatan simpanan demi masa depan yang lebih sempurna.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
