SESI LIBAT URUS PERANCANGAN PROGRAM TAHUN 2026 JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA

PULAU PINANG, 11 Februari 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negara telah melaksanakan Sesi Libat Urus Perancangan Program Tahun 2026 bersama semua Pengarah dan pegawai-pegawai kanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri seluruh Malaysia. YBhg. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara dalam ucapan aluan beliau menyatakan agar semua Pengarah dan kakitangan di negeri sentiasa peka dan cakna dengan objektif pelaksanaan semua program yang dirancang serta memberikan komitmen dalam pelaksanaan program belia, sukan dan rakan muda. Selain itu, semua pegawai diminta untuk terus komited dalam memastikan matlamat, visi dan misi Kementerian Belia dan Sukan kekal di landasan yang tepat serta memberikan perkhidmatan berkualiti.
Program diteruskan dengan sesi pembentangan perancangan program belia, rakan muda dan sukan oleh Timbalan Ketua Pengarah bahagian pembangunan Belia, Rakan Muda dan Sukan. Terdapat program sedia ada yang masih dikekalkan dan pengenalan program-program baru diperkenalkan pada tahun ini yang dijangka akan memberi hasil impak dan faedah yang positif kepada semua belia setempat. Sesi soal jawap serta interaksi bersama semua pegawai kanan negeri yang hadir, memberikan input serta idea dalam memastikan semua program yang bakal dilaksanakan akan memberi impak dan faedah bermanfaat kepada semua belia di seluruh Malaysia.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, En. Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, bersama Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Belia, Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah Sukan dan Encik Azmee Amar Azwan, Pegawai Pembangunan Rakan Muda turut mengadakan sesi perbincangan ringkas bersama YBhg. Puan Azura binti Abidin berkenaan halatuju jabatan, pengurusan dan penambahbaikan yang perlu bagi memastikan Jabatan terus perkasa dan cemerlang dalam melaksanakan program di samping kerjasama bersama semua agensi di peringkat negeri.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search