Mesyuarat Pembentangan Kalendar Pelaksanaan Sukan tahun 2026

PAROI, 9 APRIL 2026 - Satu Sesi Pembentangan Kalendar Pelaksanaan Program Sukan telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Sembilan dan dipengerusikan oleh En Azharizal bin Santib, Pen Pengarah Sukan.
Sesi tersebut telah dihadiri oleh Pegawai Cawangan BPS JBS Negeri beserta Pegawai Belia dan Sukan daerah-daerah yang berfokus kepada perancangan pelaksanaan program-program sukan di peringkat zon, negeri dan daerah yang bermula April hingga Oktober 2026.
Sesi tersebut juga dibentangkan status kelulusan Dana Sukan Komuniti (DSK) dan juga Geran Padanan Sukan (GPS) yang akan mewarnai penganjuran akitiviti oleh rakan-rakan strategik JBS Negeri Sembilan di pelbagai peringkat.
Sesi turut membincangkan status terkini pengurusan gimnasium di KOMBES, KRM Kuala Pilah dan Jempol serta status gerak kerja baikpulih Gelanggang Futsal dan Serbaguna di setiap Daerah untuk dimasukan dalam permohonan akan datang.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Rahimi Ismail
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Rakan Muda
KBSMalaysia
belia.my

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search