TAYANGAN SKRIN BESAR PERLAWANAN KELAYAKAN PIALA ASIA 2027

PAROI, 31 Mac 2026 -Tayangan Skrin Besar Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 antara Vietnam menentang Malaysia telah berlangsung meriah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan (KOMBES), Paroi malam tadi.
Program tersebut telah berjaya menarik kehadiran kira-kira 150 orang penonton yang bersama-sama memberikan sokongan padu kepada pasukan kebangsaan dalam suasana penuh semangat muhibbah dan patriotik.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah JBSN9, Puan Junaine binti Mohamad dan Penolong Pengarah Encik Azharizal bin Santib.
Selain tayangan perlawanan, acara turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah kepada orang ramai sebagai tanda penghargaan dan kesetiaan kepada para pengunjung yang hadir. Selain itu, pengunjung juga berpeluang mencuba permainan PlayStation 5 secara percuma dalam menambahkan lagi kemeriahan suasana program. Al Ikhsan Seremban 2 juga hadir memeriahkan suasana dengan booth jualan koleksi jersi HM dan menghadiahkan baucer pembeliaan RM50 kepada pengunjung bertuah..
Program seperti ini dilihat berjaya mengeratkan hubungan komuniti bersama agensi pelaksana dalam memupuk semangat kesukanan dalam kalangan masyarakat setempat.
Taufiq Johari
KBSMalaysia
Rakan Muda
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 22-08-2026, 16:54:44

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search