- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
SEMARAK BELIA @ HARI BELIA NEGARA 2026 PERINGKAT DAERAH SEREMBAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 5
15 Mei 2026, Labu, Seremban — Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Shahardin telah menjadi lokasi penganjuran Semarak Belia @ Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Daerah Seremban pada kali ini dengan membawa tema “Menggerak Belia MADANI”.
Program yang melibatkan penyertaan seramai 600 pelajar serta pemimpin persatuan belia daerah Seremban ini dimeriahkan dengan pelbagai pengisian menarik seperti karnival sukan sekolah, bengkel susunan bouquet, bengkel pembuatan soft toys, bengkel Canva, Bicara Belia bersama Majlis Belia Daerah (MBD) Seremban, aktiviti gotong-royong serta lukisan mural.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Noor Azila binti Zainal Abidin, Pengetua SMK Dato’ Shahardin. Turut hadir ialah Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Puan Rozila binti Wahidin, GPK Pentadbiran, Encik Mahadi bin Sudin mewakili Kolej Komuniti Rembau serta Encik Mohd Ameer Farhan bin Kamaruddin, Naib Pengerusi MBD Seremban.
Penganjuran program ini diharapkan dapat menjadi platform dalam memperkasa pembangunan belia, mencungkil bakat dan kreativiti generasi muda serta memupuk semangat kerjasama, kepimpinan dan kesukarelawanan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Semoga program seperti ini terus menjadi pemangkin dalam melahirkan belia yang aktif, berdaya saing dan menjadi harapan masa depan negara.
#TeamKBS #TeamJBSN
#JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMudaOfficial
#HBN2026
#TeamJBSN
#jbsn9
#pbsdseremban
#mbdseremban
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
