SESI PENYERAHAN CEK CURA GPS KEPADA TAEKWONDO MALAYSIA (TM)

NILAI, 16 Mei 2026 - KBS telah menyerahkan Cek Cura bagi kelulusan Geran Padanan Sukan (GPS) kepada Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF) berjumlah RM85,000 untuk penganjuran 15th TM KBS Milo National Junior Taekwondo Championship 2026 pada 15 hingga 17 Mei 2026 bertempat di N9 Arena Nilai. Kejohanan ini adalah platform yang telah menghimpunkan 1700 orang atlet taekwondo mewakili negeri masing-masing dalam acara poomsae dan kyorugi berdasarkan kategori umur. Sesi penyerahan telah disempurnakan oleh Ahmad Syammeil bin Mohamad Karim Timbalan Pengarah Cawangan Penggalakan dan Pembangunan Sukan Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara mewakili YBM KBS kepada Ybhg. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha selaku Setiausaha Agung Taekwondo Malaysia (TM). Turut bersama dalam sesi tersebut Ybrs. En Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah Sukan JBS Negeri Sembilan. Semoga dengan penyaluran dana tersebut, ia dapat meningkatkan kemampuan persatuan untuk menyediakan atlet taekwondo penyertaan kejohanan peringkat Asia. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search