- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
SESI PENYERAHAN CEK CURA GPS KBS KEPADA KELAB MUAYTHAI RENTAP KUCHING
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
Seremban, 16 Mei 2026 - KBS telah menyerahkan Cek Cura bagi kelulusan Geran Padanan Sukan (GPS) kepada Kelab MuayThai Rentap Kuching berjumlah RM50,000 bagi penganjuran Rentap Fighting Championship 8th Edition 2026 pada 15 Mei 2026 bertempat di Karisma Arena, Seremban.
Kejohanan ini adalah platform yang telah menghimpunkan 500 orang atlet MuayThai mewakili kelab masing-masing dalam acara berdasarkan kategori umur. Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, CEO Institut Sukan Negara (ISN) mewakili YBM KBS kepada YDh SAC Tuan Zulfikar bin Mohd Ghazali selaku Pengerusi Kelab MuayThai Rentap Kuching.
Turut bersama dalam sesi tersebut Ybrs. En Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah Sukan JBS Negeri Sembilan yang turut serta menyaksikan perlawanan akhir kejohanan tersebut yang berstatus antarabangsa.
Semoga dengan penyaluran dana tersebut, ia dapat meningkatkan kemampuan kelab untuk menyediakan atlet muaythai bagi penyertaan kejohanan kompetatif dan mengharumkan nama Malaysia.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
Rakan Muda
belia.my
