PROGRAM RYTHM : RITMA KEHIDUPAN HARMONI SUKARELAWAN BELIA DALAM PERKHIDMATAN KEBAJIKAN SIHAT WARGA EMAS PERINGKAT DAERAH JELEBU 2026

Jelebu, 21 Mei 2026 – Program RHYTHM (Ritma Kehidupan Harmoni: Sukarelawan Belia dalam Perkhidmatan Kebajikan, Program Sihat Warga Emas) Peringkat Daerah Jelebu 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Majlis Daerah Jelebu. Program tersebut telah menghimpunkan seramai 130 peserta yang terdiri daripada warga emas,belia-belia serta urusetia yang terlibat. Antara pengisian program ialah senamrobik, sukaneka warga emas bersama belia-belia, Ceramah pertolongan cemas APM, Dekorasi Makanan sihat, Bintang klasik serta Hari Bertemu Pelanggan bersama Jabatan Kebajikan Daerah Jelebu, Pameran dari Giat Mara Jelebu, Persatuan Kelab-kelab Belia MAYC Kawasan Jelebu, PDK Kuala Klawang, serta Program yang dianjurkan oleh Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu selaku penganjur utama dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Jelebu, turut disertai oleh golingan belia dari Kolej Vokasional Kuala Klawang dan Giat Mara Jelebu. Majlis perasmian program dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YB Dato’ IR Haji Bakri Bin Sawir, ADUN Klawang. Turut hadir memeriahkan program ialah Pn. Noor Aisyah Binti Abd Rahman, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti mewakili Pengarah Jabatan Kebaijikan Masyarakat Negeri Sembilan, En. Mohd Hasmil Izzudin Bin Harun, Pegawai Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Jelebu, En. Mohamad Ismail Bin Mohd Zohri, Pen. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, En. Mohd Azly Bin Mohammad Yunus, Pengarah Kolej Vokasional Kuala Klawang, En. Muhammad Lukman Bin Che Sulaiman, Pengurus Giat Mara Jelebu serta Tuan Haji Azhar Bin Awaludin, Pengerusi PAWE Jelebu. Penganjuran program ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai platform memperkukuh hubungan antara generasi, memupuk semangat kesukarelawanan serta mengembangkan nilai kepimpinan, sahsiah dalam kalangan belia di daerah ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. #pbsdjelebu #kbs #jbsn9 #beliajelebu #Rakanmuda
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search