RAKAN PRIHATIN: PROGRAM MOBILISASI SUKARELAWAN RAKAN MUDA PERINGKAT DAERAH SEREMBAN SIRI 1/2026

15 Mei 2026 (Jumaat) Seremban - Telah berlangsung Program Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Daerah Seremban Siri 1/2026 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin, Labu. Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama Persatuan Belia Dinamik Barat, Kelab Rakan Muda Rasah dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Shahardin, Labu. Antara pengisian dalam program ini, adalah lukisan mural dan sukarelawan bagi persiapan Hari Belia Negara Peringkat Daerah Seremban Tahun 2026 Turut hadir Puan Mariam Azeian Binti Ismail Guru Seni SMK Dato' Shahardin, En Mohd Khushairi Bin Zainal Unit Rakan Muda PBSD Seremban dan En Zaharuddin Bin Abdul Majid Pemimpin ARPRM serta ahli-ahli dari Persatuan Belia Dinamik Barat Program ini merupakan satu inisiatif strategik dalam memastikan kesinambungan pembangunan budaya kesukarelawanan dalam kalangan belia disamping dapat memberi manfaat langsung kepada komuniti sasaran, malah berperanan sebagai platform pembentukan modal insan berjiwa rakyat yang mampu menyokong agenda pembangunan sosial dan kesejahteraan negara secara mampan.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam perlaksanaan program ini SMK DATO' Shahardin Persatuan Belia Dinamik Barat NS KELAB RAKAN MUDA RASAH #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMudaOfficial #TeamPBSDSeremban Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search