MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK LIGA SUKAN KOMUNITI (LSK) 2026 PERINGKAT DAERAH TAMPIN

TAMPIN, 21 Mei 2026 (Khamis) - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Induk Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Daerah Tampin yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin bagi persiapan dan penyelarasan kejohanan. Liga Sukan Komuniti (LSK) 2026 Peringkat Daerah Tampin akan dilaksanakan pada 20 Jun 2026 (Sabtu). Sebanyak Tiga (3) acara sukan akan dipertandingkan iaitu Futsal akan dilaksanakan di Kompleks Sukan Komuniti Felda Jelai manakala bagi acara Bola Jaring dan Bola Tampar akan akan dilaksanakan di Kompleks Arena Dataran Tampin. Semoga kejohanan ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda #teamjbsn9 #PBSDTampin Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search