MAJLIS PENYERAHAN CEK CURA GPS KBS BAGI MAKSAK INDOOR GAMES 2026

Seremban, 17 Mei 2026 - KBS telah menyerahkan Cek Cura bagi kelulusan Geran Padanan Sukan (GPS) kepada Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan MAlaysia (MAKSAK) berjumlah RM40,000 bagi penganjuran MAKSAK Indoor Games 2026 pada 14 hingga 17 Mei 2026 bertempat di Pusat Perniagaan Paroi, Seremban dan Hotel Seri Malaysia. Kejohanan ini adalah platform yang telah menghimpunkan 716 orang atlet penjawat awam mewakili MAKSAK masing-masing dalam acara Catur, Karom, Dart dan eSportds. Sesi penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh YBrs. En Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mewakili YBM KBS kepada Ybrs. En Noor Hisham Affizam bin Shamsuddin selaku Setiausaha Agung MAKSAK Malaysia. Turut bersama dalam sesi tersebut Ybrs. Puan Marhizah binti Abdul Razak, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Negeri Sembilan. Kejohanan ini adalah platform terbaik kepada para atlet dari kalangan penjawat bagi penyertaan dalam kejohanan lebih kompetatif yang dianjurkan khusus kepada penjawat awam. #TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #RakanMuda Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia Rakan Muda belia.my
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search