PENUTUPAN PROGRAM KLAS RENANG WARGA EMAS FASA 1/ 2026, PAROI

PAROI, 25 Jun 2026 – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 1 Tahun 2026 Peringkat Daerah Seremban bagi Kategori Warga Emas bertempat di Pusat Akuatik, Paroi telah melabuhkan tirai dengan kehadiran seramai 40 orang peserta. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelbagai kaum dan dari kawasan yang berbeza. Rata-rata peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dengan kehadiran penuh bagi semua sesi yang dilaksanakan. Bermula 03 hingga 25 Jun 2026, program in telahi dilaksanakan dengan pengisian yang cukup menarik sehingga rata-rata peserta dapat menguasai teknik-teknik asas berenang disamping dapat menyihatkan badan dalam mengamalkan gaya hidup aktif. Majlis Perasmian Penutup program telah dirasmikan oleh Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir dalam program ini adalah Encik Fahidan bin Ibrahim, Pengerusi Kelab Renang Gators, Encik Hafiz, Pengurus Kompleks Sukan Paroi dan Puan Siti Suhana binti Mohd Daralsalam, Pegawai Kecergasan Negeri Sembilan. Diharapkan semoga program KLAS Renang ini akan dilaksanakan lagi di masa yang akan datang. Ada peserta yang memberi maklum balas untuk meneruskan program ini lagi bagi sesi yang akan datang dan tambahan dari 6 sesi menjadi 10 sesi. #TeamJBSN #TeamKBS #JBSNKomited #teamjbsns #MenggerakBeliaMadani #KLAS Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search