- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
PERHIMPUNAN BULANAN JBSN9 RAIKAN PENCAPAIAN DAN PERSARAAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 4
22 Jun 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan menerusi Bahagian Pentadbiran dan Kelab Warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (WARIS) telah menjayakan Perhimpunan Bulanan JBS Negeri Sembilan 2026 dan Penganjuran Kursus Pengurusan Stress dan Mental : ' Mengubah Keresahan Menjadi Irama Kejayaan' bertempat di Ballroom KOMBES Paroi. Semua pegawai dan warga JBSN9 dan PBSD telah menghadirkan diri dalam menjayakan perhimpunan ini yang bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada warga JBSN9 yang telah bersara wajib pada tahun 2026 ini, meraikan Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan (APTB) dan meraikan sambutan hari lahir pegawai dan warga JBSN9 pada Januari-Jun 2026.
Kursus Pengurusan Stress dan Mental : ' Mengubah Keresahan Menjadi Irama Kejayaan' pula telah menjemput Ybrs Ustaz Tn Haji Norazman bin Amat, Kaunselor MAINS yang telah berkongsi tips dan kaedah terbaik beliau praktikan dalam pengurusan stress di tempat kerja. Tn Hj juga turut berkongsi pengalaman beliau dalam memberikan khidmat nasihat dan kaunseling kepada penjawat awam dalam memastikan pengurusan stress ini akan meningkatkan kualiti kerjaya masing-masing. Seusai tamatnya program, Majlis Perhimpunan Bulanan JBSN9 diteruskan dan dirasmikan oleh Ybrs. Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBSN9 bersama barisan pegawai pengurusan. Dalam ucapan beliau, kita sebagai 1 pasukan harus untuk mengekalkan momentum dan prestasi kerja kita pada tahap optimum dalam penganjuran program yang lebih ikonik dan organik.
Selepas ucapan diteruskan dengan Sesi Penyampaian Sijil Anugerah Pekerja Terbaik Bulanan, cenderahati kepada pesara, dan hadiah kepada warga yang menyambut hari kelahiran pada Januari hingga Jun 2026. Tahniah dan syabas kepada semua warga JBSN9 yang telah menunjukkan peningkatan prestasi kerjaya masing-masing dan memberikan impak positif kepada golongan masyarakat terutamanya belia dan beliawanis. Adalah diharapkan, didoakan agar semua warga dipanjangkan umur dan terus dilimpahkan rezeki hendaknya. Sehingga berjumpa kembali pada kelainan masa. 123 we love jbsn9..🫠ðŸ«
#TeamJBSN #JBSNKomited #JBSNBersama #teamjbsn9 #rakanmuda #MalaysiaMadani #MenggerakBeliaMadani #TeamKBS
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
