Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Tahun 2026 Peringkat Negeri Sembilan

Seremban, 28 Jun 2026- Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Tahun 2026 Peringkat Negeri Sembilan telah berlangsung dengan jayanya di Ballroom, Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Jumaat lalu. 🏆 Majlis menghimpunkan semua calon yang telah menyertai program ini bagi meraikan komitmen dan sumbangan mereka dalam pembangunan belia di Negeri Sembilan.💪🏻 Majlis telah dirasmikan oleh Encik Ahmad Syariffuddin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang turut menyampaikan anugerah kepada para pemenang serta memberikan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa, panel dan peserta atas usaha dan dedikasi mereka dalam memastikan program berjalan lancar. 👏🏻👏🏻 Turut hadir memberi sokongan dan memeriahkan majlis adalah Encik Mohd Hazan Haji Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson, Encik Fairos Rusli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, panel-panel sesi penilaian dan wakil-wakil pegawai daerah. 🤝 Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Saudara Hemanath R Siyamalaruban, Johan Kategori Individu Lelaki, Nur Aina Amirah Azmi, Johan Kategori Individu Wanita dan Persatuan Belia Dinamik Barat, Johan Kategori Pertubuhan Belia yang akan mewakili Negeri Sembilan ke APBN Peringkat Kebangsaan. Semoga terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama Negeri Sembilan di pentas kebangsaan. 🤲🏻 Negeri Sembilan Bersih, Muafakat, Sejahtera. Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara KBSMalaysia belia.my #TeamKBS #TeamJBSN #TeamJBSNS #MenggerakBeliaMADANI #APBN2026NEGERISEMBILAN #JSBNKomited
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search