SESI PERBINCANGAN KEJOHANAN SUKAN ORANG PEKAK MALAYSIA KE-2

Paroi 24 Jun 2026 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah menerima kunjungan Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Sembilan (NsSDeaf) bagi sesi perbincangan Kejohanan Orientering Orang Pekak Malaysia Kali Ke-2 yang bakal berlangsung pada September 2026 depan di Bandar Seremban dan juga penganjuran Klinik Pengenalan dan Pertandingan Sukan Orientering 2026 yang bakal berlangsung pada Ogos 2026 depan bertempat di Padang Awam Taman Paroi Jaya. Jabatan telah diwakili Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah JBSN9 dan Encik Nor Faizal bin Nordin, Pegawai Sukan OKU JBSN9. NsSDeaf pula diketuai Encik Shahrul Anuar bin Mamat selaku Presiden bersama barisan jawatankuasa persatuan yang terdiri daripada Puan Yogeswary a/p Baluras, Puan Amysah binti Mohd Daiyan, Encik Mohd Aslam, Encik Fathi Husni, dan Encik Muhd Safwan Amran. Walaupun terdapat kekangan untuk berkomunikasi, sesi tersebut telah dibantu jurubahasa Puan Nor Intan yang juga merupakan AJK NsSDeaf. Majlis Sukan Negeri (MSN) diwakili Puan Ida dan Encik Khairul selaku pegawai parasukma Negeri Sembilan juga turut hadir untuk memberikan sokongan kepada penganjuran kejohanan tersebut. Melalui sesi tersebut, beberapa pertimbangan telah diputuskan dengan syor dan pihak jabatan berharap agar penganjuran program dapat dilaksanakan mengikut ketetapan yang diputuskan dan mencapai objektif yang telah ditetapkan. #JBSNKomited #TeamJBSN #teamjbsn9 #TeamKBS #JBSNBersama #MenggerakBeliaMadani #rakanmuda Taufiq Johari Mordi Bimol Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search