- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 7
MAJLIS PENUTUP PROGRAM KEMAHIRAN LATIHAN ASAS SUKAN (KLAS) RENANG FASA 1 2026 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 7
Paroi, 24 Jun 2026 – Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) Renang Fasa 1 Tahun 2026 Peringkat Negeri Sembilan (Edisi Kanak-Kanak B40 - Paroi) telah melabuhkan tirainya dalam satu majlis penutupan yang berlangsung di Kolam Renang Awam, Centre Court Paroi. Program yang berlangsung selama enam sesi bermula 09 hingga 24 Jun 2026 ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Gators Swimming Club. Seramai 40 orang peserta berumur antara 6 hingga 12 tahun telah menyertai program ini. Sepanjang latihan, para peserta didedahkan dengan kemahiran asas renang termasuk teknik apungan, pergerakan renang yang betul serta aspek keselamatan ketika berada di dalam air.
Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan yang turut menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta yang berjaya menamatkan program. Turut hadir ialah Encik Azharizal bin Santib, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama Encik Mohamad Fahidan bin Ibrahim selaku Presiden Kelab Gators Swimming Club Seremban 2. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Gators Swimming Club yang diterajui oleh Encik Mohamad Fahidan bin Ibrahim dan Encik Qusyairi bin Abu Hasan selaku Pengurus Kelab, serta barisan jurulatih yang terdiri daripada Coach Amin, Coach Syahir, Coach Ashraf, Puan Izyan dan Puan Amira atas komitmen dan dedikasi dalam menjayakan program ini..Penghargaan juga turut diberikan kepada urus setia program, Puan Mainozalawati binti Mohd Nor dan Puan Rusydina Diyanah binti Zulkhairi atas usaha dan kerjasama sepanjang pelaksanaan program.
Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi meningkatkan kemahiran renang dalam kalangan kanak-kanak serta memupuk gaya hidup aktif dan sihat sejak usia muda. Tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan pencapaian yang ditunjukkan sepanjang program berlangsung.
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI #teamjbsn9
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
