- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 9
LIGA SUKAN WARGA EMAS 2026 KEMBALIKAN NOSTALGIA SEORANG JUARA
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 9
28 Jun 2026, Seremban - Pertandingan Liga Sukan Warga Emas Peringkat Negeri Sembilan 2026 telah berlangsung pada 27 Jun 2026 di Seremban. Dua daripada tiga acara yang dipertandingkan di Liga Sukan Warga Emas iaitu Tenpin Boling dan Petanque telah berlangsung semalam. Acara Dart akan dilangsungkan pada 04 Julai 2026 depan.
Di gelanggang petanque Kompleks Sukan Tan Sri Dato' Haji Mohd Said, Seremban 2, telah memperlihatkan kejituan dan daya tahan pemain - pemain petanque dikalangan warga emas bersaing merebut kejuaraan. Seramai 44 pemain lelaki dan wanita bertanding dalam acara petanque yang berlangsung dalam cuaca yang panas terik, namun semangat juang dan persaingan sihat membuktikan warga emas yang bersaing semalam masih mampu menggegarkan arena petanque Negeri Sembilan. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang acara petanque. Sekalung penghargaan kepada rakan strategik iaitu Persatuan Petanque N9 (PEPNES) yang bekerjasama dalam pelaksanaan acara petanque tersebut.
Gelanggan boling Lite Superbowl JB 10 Seremban Prima juga menjadi saksi kehebatan 47 peserta warga emas dalam acara tenpin boling. Acara yang berlangsung pada sebelah malam telah memperlihatkan komitmen dan semangat kesukanan yang amat baik dari peserta. Walaupun usia sudah veteran, namun hayunan bola boling tetap mengenai sasaran dan mewarnai acara tersebut. Majlis peyampaian hadiah telah disampaikan oleh Encik Ahmad Syariffudin Bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan; bersama-sama Presiden Persatuan Tenpin Boling Negeri Sembilan, Encik Ahmad Fauzan Bin Dato' Hj Badruddin. Turut hadir sesi penyampaian Encik Azharizal bin Santib Penolong Pengarah JBSN9.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang memenangi acara yang dipertandingkan dan jutaan terima kasih dan salam penghargaan kepada rakan strategik Persatuan Tenpin Boling Negeri Sembilan atas kerjasama penganjuran yang diberikan dan juga Team Urusetia JBSN9 yang bersama-sama menjayakan acara-acara Liga Sukan Warga Emas 2026. Majulah Sukan Untuk Semua.
#TeamJBSN #TeamKBS #JBSNKomited #teamjbsns #MalaysiaMadani #ligasukanwargaemas
Taufiq Johari
Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia
